Monday, May 31, 2010

KAPAL MISI BANTUAN KE GHAZA DISERANG



Manja2nya tentera israel ni,kena cubit2 dgn aktvs dh mngadu! "Israel says its forces wer attackd by activists when they got on board."d people on the boats were very2 violent toward the soldiers,"Israeli military spokeswmn Lt Col Avital Leibovich was quoted as saying by AFP news agency".BBCwho r d real terrorist? d ones with gun&attack d humanitarian aid ship/d ones without any gun in d ship?twisted media.shame on u!

Ya Allah Selamatkan misi ini...Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar

Monday, May 24, 2010

POHON BIDARA


POHON BIDARA

Pokok Bidara ialah pokok yang ada di dunia dan ada didalam syurga. Pokok bidara dunia ianya berduri dan banyak kegunaannya di dunia seperti mandi jenazah dan mengubati sihir. Didalam syurga orang2 yang menerima suratan ditangan kanan akan berada dibawah pohon Bidara..ada hadis yang maksudnya: Seorang badwi bertanya rasulullah s.a.w di syurga ada pokok bidara? mengapa pokok bidara? tidakkah pokok bidara itu berduri? jawab rasulullah..pokok bidara didalam syurga yang telah dibuang durinya...

Dimana nak dapat pokok bidara di dunia ni?? carilah di masjid2 banyah ditanam utk memudahkan urusan mandi mayat..

wasallam

Thursday, May 13, 2010

Petua Sakit Gout



POKOK SUSU KAMBING
Kegunaanya untuk ubat gout. Pokok ini mudah didapati. Di kampung ia tumbuh di tepitepi tiang rumah. Cara menggunakannya ambil daunya secekak kemudian ditumbuk campur dengan cuka nipah. Daun yang ditumbuk tadi akan ditepek (dilekatkan) di bahagian yang sakit. Daun dan cuka nipah ini akan bertindak menyerap keluar toksin dari tempat yang sakit. Walahualam

Wednesday, May 12, 2010

Hukum Tajwid Izhar Syafawi


Izhar Syafawi( الإظهار الشفوي ).
Dari sudut bahasa: Menyatakan, menerangkan sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat keluarnya) tanpa dengung. Ia dinamakan syafawi kerana Mim Sukun iaitu huruf yang zahir keluar dari dua bibir mulut dan ia disandarkan kepada makhraj huruf yang zahir kerana tepat sebutannya. Izhar Syafawi adalah terdiri dari dua puluh enam huruf iaitu kesemua huruf hijaiah selepas dibuang huruf Mim dan Ba'. Perlu diperhatikan apabila terdapat huruf Wau atau Fa' selepas Mim Sukun, huruf Mim Sukun mestilah dibaca secara Izhar Syafawi (dinyatakan sebutan) supaya terselamat dari keraguan membacanya secara Ikhfa' di mana huruf Mim wajib dibaca secara Ikhfa' ketika bertemu dengan huruf Ba' kerana makhraj huruf Mim dengan huruf Wau adalah sama manakala makhraj huruf Mim dengan huruf Fa' pula adalah berhampiran.