Monday, November 25, 2013

Murah, tersangat murah. Rebut peluang sekarang











Monday, October 21, 2013

Saturday, August 17, 2013

Saturday, June 29, 2013

Tsunami Emas membadai Dunia


Tsunami Emas membadai Dunia
1) Salam sejahtera kepada semua pembaca. Sekarang ini kita menyaksikan kejutan kejatuhan harga emas yang sangat besar dalam sejarah. Ini boleh juga dianggap tsunami kepada pelabur, pedagang ,peniaga sehingga peruncit- peruncit emas. Semua pihak tertanya -tanya apakah punca kejatuhan komoditi beharga ini sehingga begitu teruk sekali dalam tempoh 50 tahun. Terakhir kejatuhan teruk pernah berlaku pada tahun 2008 ketika krisis subprime meruncing sekitar dua puluh percent lebih harga emas jatuh. Setahun kemudian harga emas terus mencanak naik hingga kemuncaknya pada bulan Ogos 2011 mencecah rekod kenaikan tertinggi dalam sejarah $1930 oz. Kemudian pada tahun 2012 harga emas turun sedikit tetapi masih tinggi dan tidak naik mencatat rekod baru.
2)Pada masa yang sama tahun 2012 menyaksikan krisis hutang di zon eropah seperti Greek, Spain dan Cyprus dan juga digembar gemburkan tentang fiscal cliff yang mana polisi hutang kewangan AS zaman Bush tamat dan satu undang2 baru akan digubal oleh pentadbiran Obama. Dalam masa yang sama Amerika juga bergelut dengan masalah hutang dan billed out bank-bank dengan melancarkan beberapa pusingan pembelian bon kerajaan juga dikenali sebagai Quantitative Easing 1, 2 dan ketika dengan pembelian bond sebanyak $85 billion sebulan oleh Federal Reserve yang sekarang konunnya akan diperlahankan mulai bulan September depan atas sebab pemulihan ekonomi semakin baik di AS.

3) Apapun alasan dan sebab musababnya tidaklah diketahui hakikat sebenarnya. Walaupun berita analisa analisa teknikal dipaparkan tentang kemungkinan harga emas naik atau turun, semuanya boleh dibangkul sampahkan disebabkan analisa2 tersebut ada yang sengaja disiarkan oleh agen-agen dan reporter reporter upahan Kapitalis untuk menarik pelabur2 kecil supaya merangsang pembelian. Sedangkan apabila ramai pelabur2 kecil masuk pasaran, mereka menjual dengan volume yang besar atau profit taking menyebabkan harga jatuh. Ini akan menyebabkan kerugian kepada trader2 dan investor kecil. Saya memang tidak terikut dan percaya dengan berita2 pasaran yang dipaparkan tetapi mengambil sikap bertentangan. Maknanya kalau banyak keluar berita2 rangsangan menyuruh beli emas dan perak, maka saya jangka harganya pasti nak jatuh nanti. Tetapi sekiranya diberitakan komoditi tersebut tidak selamat untuk simpanan dan harganya diberitakan akan jatuh, maka saya percaya dia akan berlaku sebaliknya. Kerana ini ialah game Kapitalis, bank2 persatuan pedagang2 emas. Mereka yang menentukan halatuju harga komoditi tersebut. Segala data2 pergerakan dan pemilikan semuanya didalam genggaman mereka. Tak pelik kan?
4) Kesan kejatuhan emas kepada pelabur yang membeli emas tanpa pegangan fizikal seperti membeli emas berbentuk akaun simpanan di bank2 seperti Maybank, Public Bank, Uob Bank dan Kfh, buat masa ini bank tersebut mengaut untung daripada pelabur disebabkan pelabur yang beli dalam tempoh 3 tahun Lepas kalau jual pasti rugi. Ini kerana semasa mereka beli harganya mahal, tetapi kalau jual sekarang harga ditambah pula tolak spread 4% harga sangat rendah. Maka banklah yang untung, tetapi sekiranya pelabur masih tak jual, bank masih untung dengan mereka masih dapat menggunakan modal kita lagi yang terbeku di dalam buku akaun mereka.
5) Pekedai, peruncit dan peniaga barangan kemas pula menghadapi masalah kerugian disebabkan harga emas sekarang rendah diparas harga tahun 2010. Jadi jika stok emas mereka yang dibeli pada selepas tahun 2010 sudah tentu peniaga kedai emas rugi, sedangkan sekarang pembeli dan pengguna emas tidak akan melepaskan peluang menyerbu kedai- kedai emas untuk membeli emas murah sekarang. Jadi untuk mengelakan kerugian maka, persatuan tukang2 emas telah menaikkan harga workmanship 100% cas tambahan untuk recover harga emas yang murah sekarang. Jadi pengguna tetap tidak dapat harga emas yang hakikatnya jatuh dan murah sekarang.
6) Bagi pelabur-pelabur emas fizikal seperti syiling dinar, gold bar dan sebagainya pula menghadapi dilemma harga beli pada harga mahal dahulu, sekarang harga murah, kalau sesak duit terpaksa jual ditambah pula tolak dengan spread juga menanggung kerugian. Tetapi masih ada alternatif untuk recover kerugian bergantung kepada kemahiran pelabur tersebut dan syarikat yang dibeli dahulu. Tetapi masih berisiko. Sesetengah penjual emas pelaburan tidak mahu menjual emas mereka pada masa sekarang disebabkan konunnya kehabisan stok yang pada hakikatnya mereka tak mahu jual kerana harga murah sedangkan stok mereka beli dahulu mahal.
7) Bagi saya kedudukan harga emas sekarang ini iaitu jatuh teruk kepada $1235oz sesuatu yang dirancang oleh kapitalis untuk menggertak pemilik emas fizikal supaya mereka menjualnya dengan memaparkan persepsi bahawa emas juga tidak selamat, maka orang akan beralih kepada pelaburan saham atau bon yang sebenarnya menjadi darah daging sistem kapitalis. Mungkin juga mereka merasa terancam sekiranya rakyat semua memilih emas fizikal yang boleh disimpan sendiri akan menjejaskan sistem perbankan mereka yang mana mereka sangat berkuasa untuk memiliki apa sahaja eset didunia ini hanya dengan nota bank mereka, atau membuat silap mata hasil atas penipuan mereka mencipta wang kertas.

8) Jadi, bagi saya situasi kejatuhan harga emas yang teruk sekarang ini adalah satu kelebihan bagi pembeli emas untuk memiliki emas yang murah. Juga kepada pelabur emas fizikal, walaupun stok yang terdahulu beli mahal, tetapi bagi saya ada cara tersendiri untuk membuat keuntungan dan sangat menarik untuk saya. Jadi apa harus dilakukan bukanya takut sebab harga jatuh, tetapi membuka peluang yang besar untuk saya buat keuntungan. Hahaha.
9) Biarkan harga turun lagi, sampai paras terendah setakat mana dia akan turun. Taktik permainan juga berubah, mereka kapitalis besar mungkin juga sedang menanti untuk membuat kejutan dengan mananti peluang mendapat emas murah untuk diborong habis- habisan apabila pelabur2 kecil tidak yakin dengan emas lagi. Kita tunggu dan lihat.
10) Perlu diingat, semua pelaburan mesti ada permainan dan risiko tertentu seperti pepatah inggeris they gain from our lost, we gain from their lost.
11) Semua komoditi dunia didagangkan tidak lepas dari pengaruh speculator. Emas, perak, makanan, minyak dan sebagainya adalah tidak terlepas daripada permainan2 kapitalis elit yang hanya membuat keuntungan atas angin secara berlebihan. Akibatnya penduduk dunia rakyat sengsara dengan permainan manipulasi mereka.
12) Menyingkap kembali bagaimana harga besi dan bahan binaan yang naik mendadak pada beberapa tahun lepas diikuti dengan harga minyak yang mencecah $147 setong, krisis kekurangan makanan dan kenaikan harga makanan seperti beras, harga perak naik memuncak sehingga $48 oz (168%) tahun 2011, emas $1930oz kemudian mulai muncul krisis hutang euro zone dengan beberapa negara bankrap seperti Greece, Cyprus juga downgrade triple A kepada 2 A oleh Standard and Poor dan kemuncak fiscal cliff Amerika.
13) Apa yang kita saksikan sekarang adalah percaturan baru kapitalis untuk mengekalkan kuasa keatas penduduk dunia. Dan terus memperbodohkan kita dengan menyebar berita2 palsu, menyebarkan dakyah2 penyebaran penyakit berbahaya semata2 untuk tujuan mengaut keuntungan untuk membekal vaksin dan ubat ubatan untuk manusia.
HARGA EMAS SEKARANG MURAH, MEMANG MURAH. PASTIKAN ANDA MEMBELI EMAS DITEMPAT YANG BETUL, SPREAD KECIL DAN STOK SENTIASA ADA.
Selamat Melabur!
Redzuan bin Mohammad
( Master Dealer Public Gold)
016-4409839.

Friday, June 21, 2013

Pertumbuhan Pesat China cukup untuk mengawal harga Perak


China sedang bergerak sejajar dengan itu, kata ramai penganalisis selepas negara naga berhenti membuat jualan perak terhadap nilai mata wang fiat manakala India terus menjual perak.
India mempunyai rizab perak terbesar di dunia sehingga satu dekad yang lalu apabila emas akhirnya digulingkan dari kedua-dua minda rakyat dan gudang kerajaan.
Rizab perak negara berkurangan kepada hampir 25 juta auns sekarang dari setinggi 87 juta auns satu dekad yang lalu.
India mula menjual rizab perak selepas harga terhempas disebabkan oleh peningkatan pengeluaran perak sebagai lombong baru mula menghasilkan lebih daripada logam putih dalam 90-an.
Keputusan India juga telah didorong oleh usaha oleh negara utama adalah untuk beralih kepada standard emas yang mengeluarkan lebih perak untuk pasaran, mengurangkan harga lagi.
China di sisi lain, juga dijual di lebih daripada 50 juta auns perak pada dekad yang lalu dan satu lagi 35 juta auns di pasaran terbuka. Yang meletakkan anggaran dua tahun jumlah jualan emas untuk China pada 85 juta auns.
Walau bagaimanapun, China mengekalkan kebanyakan rizab selepas berhenti jualan dari dekad lalu dan kini menjadi pengguna perak terbesar yang boleh mengawal harga.
Penganalisis bagaimanapun berkata, China dan India adalah contoh terbaik bagaimana negara yang mempunyai pegangan yang sangat besar timbunan saham perak tidak dapat mengekalkan tahap yang cukup tinggi jualan dalam tempoh yang panjang masa untuk memenuhi kekurangan pengeluaran. Stok simpanan mereka tidak lama lagi boleh habis

Sumber terjemahan;
http://www.bullionstreet.com/news/china-grows-big-enough-to-control-silver-prices/5024


Thursday, April 25, 2013

Harga Emas Jatuh ! Apa Harus kita lakukan?


KUALA LUMPUR 23 April – Harga emas yang jatuh sejak beberapa hari lalu merupakan peluang terbaik untuk orang ramai membeli emas bagi simpanan kekayaan untuk masa depan.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold, Datuk Louis Ng berkata, harga emas yang turun mendadak itu bukanlah satu berita buruk tetapi peluang kepada pelabur baharu.
Katanya, walaupun harga jatuh pada tahap yang rendah dalam sejarah, namun, harga emas telah mencecah harga yang tinggi sejak sekian lama.
“Jadi sekarang adalah masa yang sesuai untuk membeli emas sementara harga masih rendah, terutamanya bagi pembeli baharu.
“Menurut sumber-sumber yang dipercayai, sejak beberapa hari lepas, orang ramai dari negara-negara Asia di rantau ini telah bergegas ke kedai emas untuk membeli emas menyebabkan kebanyakan kedai kehabisan stok.
“Ini kerana mereka sedar bahawa emas ialah aset pelindung yang selamat dan berguna semasa kesusahan. Emas adalah mata wang yang tidak boleh dimanipulasi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada 15 April lalu, harga emas telah jatuh secara mendadak mengakibatkan keruntuhan harga terbesar sejak 1993.
Kejatuhan harga emas itu mengakibatkan ramai pelabur veteran terkejut dan mungkin telah menyebabkan kerugian bagi sesetengah pelabur.
Namun, harga emas telah mencecah harga yang tinggi buat kian lama yang menyebabkan ramai tidak mampu untuk memilikinya.
“Emas selalunya digemari di Asia. Bagi mereka, secara tradisinya, emas dibeli sebagai hadiah untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, hari lahir, ulang tahun, dan sebagainya.
“Kini harga emas telah jatuh, membuatkan lebih ramai orang mampu untuk memiliki emas, terutama bagi pembeli baharu yang ingin menyimpan emas untuk perlindungan kekayaan masa depan,” ujarnya.

Permintaan emas telah semakin meningkat sejak tahun 2000, disebabkan oleh negara-negara membangun sedar bahawa emas boleh dijadikan kekayaan baru mereka.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130424/ek_03/Harga-emas-jatuh#ixzz2ROaR5XPu
Hubungi 019-4809839 utk lock harga, nyatakan tempat untuk collect stok diseluruh Malaysia.

Monday, March 25, 2013

IKTIBAR KRISIS CYPRUS

Assalamualaikum dan dalam sejahtera,

Pada posting kali ini, saya mengajak semua pembaca mengkaji dan fikirkan situasi pasaran saham di Amerika sebelum krisis subprime tahun 2008 dan keadaan Malaysia hari ini.
Pada hujung tahun 2007 sebelum krisis subprime Amerika, pasaran ekuiti Dow Jones telah mencecah paras tertinggi ketika itu 13390 dan merudum berikutnya sehingga 7062 disusuli dengan krisis hutang subprime berpanjangan yang menyebabkan kemelesetan ekonomi Amerika. Ramai rakyat Amerika kehilangan pekerjaan sehingga 9% dan kini turun sedikit 7.7% dan kerajaan Amerika menanggung hutang yang sentiasa meningkat tahun ke tahun sehingga sekarang 16.7 trillion dolar akibat daripada perbelanjaan defisit. Sekarang indek Dow jones kembali mencecah paras tertinggi iaitu 14447 sepanjang masa. Jadi apakah yang anda bayangkan akan terjadi?

KLSI ( Bursa Malaysia )
Pasaran saham Malaysia juga menunjukkan prestasi yang menarik dari 2008 sehingga sekarang mencecah paras tertinggi1660.Hutang negara juga mencecah tinggi 540 billion. Adakah sejarah akan berulang. sama sama kita lihat.

Wasallam

Saturday, February 23, 2013

Buying Oppoturnity

Salah satu indikator yang digunakan utk menentukan kedudukan harga emas sekarang diparas terendah dalam tempoh setahun dan mencipta buying opportunity kepada pembeli dan pelabur. Indikator William % range menunjukkan kedudukan harga emas dibawah paras oversold ( -80) kedudukan harga rendah mungkin bila2 masa membuat reversal menaik dalam masa terdekat. Selamat bershopping :)

Tawaran menjadi Dealer tanpa kos yuran hanya dengan pembelian 100g pada harga terendah tahun ini. Mulakan posisi pelaburan emas fizikal anda dgn membeli pada harga runtuh sekarng ini sambil merebut peluang rebat 1% sebagai dealer.





Sunday, February 17, 2013

MASA SESUAI BELI EMAS SEKARANG !

Harga emas sekarang telah berada diparas terendah tahun ini 2013. Bagi sesiapa yang mempuyai lebihan simpanan wang dan ingin membuat pelaburan, maka emas dan perak ada posisi pelaburan terbaik sekarang ini kerana harganya telah jatuh sehingga terendah dalam tempoh 2 tahun ini. Mengikut rekod harga emas pernah turun keparas bawah 1600oz pada bulan Sept 2011 iaitu 1532oz, Disember 2011 iaitu 1522oz dan Mei 2012 iaitu 1526oz dan minggu lepas  iaitu1598oz pada hari Jumaat. Ini adalah satu pekembangan yang sihat kepada harga emas. Rekod harga tertinggi pernah dicapai pula ialah 1802oz pada November 2011, 1790oz pada 28 Feb 2012 dan 1795oz pada 30 Sept 2012.

Apa yang dapat kita simpulkan ialah harga emas masih belum memecah rekod harga tertinggi yang pernah dicapai pada bulan Ogos dan September 2011 iaitu 1920oz. Dalam keadaan situasi ekonomi global yang makin kritikal diera peperangan matawang diantara negara-negara kuasa ekonomi seperti Amerika, China, Jepun dan Eropah maka hala tuju harga emas sangat kritikal sekarang ini. Apapun yang akan berlaku selalunya akan dimenangi oleh komodi emas dan perak. Lihat sahaja sejarah keruntuhan sistem kewangan matawang kertas seperti Greek, Jerman 1922, Hungary, Argentina dan Zimbabwe 2008. Apa akan terjadi sekiranya dollar Amerika jatuh seperti Zimbabwe? sudah tentu menimbulkan masalah besar kepada perdagangan dunia. Maka emas akan menjadi pilihan untuk tujuan menukar dagangan pada ketika itu.

MENGGUNAKAN INDIKATOR TERTENTU UNTUK MERAMALKAN HALATUJU HARGA EMAS
Berbagai indikator yang boleh digunakan untuk meramal halatuju harga emas. Salah satunya ialah menggunakan indikator Relative Strange Index. Dibawah sedikit pencerahan menggunakan indikator ini; klik untuk dapatkan butiran.
Relative Strength Index
                                         RSI indikator 0-30 Oversold 70-100 overbought.
Dari apa yang ditunjukkan dalam graf emas diatas menggunakan platform Meta Trader 4 (Demo), RSI telah menunjukkan 31.88 yang mana bermakna berada di zon downtrend oversold. Pada bila-bila masa harga emas boleh membuat pusingan menaik (Pada kebiasaannya). Adalah posisi terbaik sekarang untuk membuat belian emas atau perak sebabnya apabila pembelian pada harga yang rendah akan meminimumkan kerugian dan memaksimumkan keuntungan.
Pembelian emas yang terbaik ialah emas fizaikal yang mempunyai spread yang kecil.

Hubungi untuk consult pembelian emas pelaburan.
019-4809839
www.emaskuning.com









Monday, February 11, 2013

Thursday, January 31, 2013

JADUAL SEMINAR FEBUARI 2013

Branch Seminar Serentak Seluruh Negara(Februari 2013)

Tarikh                  Masa                                         Lokasi
06hb Februari 2013 08:30 malam – 10:30 malam Cawangan Public Gold (Alor Setar)
Penceramah: Huzaifah Bin Yaakob
No.Tel: 019-4124123
06hb Februari 2013 08:30 malam – 10:30 malam Cawangan Public Gold (Sg.Petani)
Penceramah: Redzuan Bin Mohammad
No.Tel: 019-4809839
06hb Februari 2013 08:30 malam – 10:30 malam Cawangan Public Gold (Relau)
Penceramah: Jumari Bin Che Mat
No.Tel: 012-4158078
06hb Februari 2013 08:30 malam – 10:30 malam Cawangan Public Gold (Ipoh)
Penceramah: Kamarul Azhar Bin Arifin
No.Tel: 019-4745649
06hb Februari 2013 08:30 malam – 10:30 malam Cawangan Public Gold (Klang)
Penceramah: Mohd Norafian Bin A Rahman
No.Tel: 019-2898916
06hb Februari 2013 08:30 malam – 10:30 malam Cawangan Public Gold (Kajang)
Penceramah: Khalid Bin Hashim
No.Tel: 016-2988848
06hb Februari 2013 08:30 malam – 10:30 malam Cawangan Public Gold (Sunway)
Penceramah: Ahmad Azman B. Baruti
No.Tel: 019-6402315
06hb Februari 2013 08:30 malam – 10:30 malam Cawangan Public Gold (Ampang)
Penceramah: Norhaider Binti Muhamat
No.Tel: 019-2735352
06hb Februari 2013 08:30 malam – 10:30 malam Cawangan Public Gold (Senawang)
Penceramah: Abdul Razak Bin Kamarudin
No.Tel: 019-6622909
06hb Februari 2013 08:30 malam – 10:30 malam Cawangan Public Gold (Batu Berendam)
Penceramah: Muhamad Hazwan Bin Yunus
No.Tel: 017-6802929
06hb Februari 2013 08:30 malam – 10:30 malam Cawangan Public Gold (Tmn. Perling)
Penceramah: Asrizan Bin Roslan
No.Tel: 017-8260251
06hb Februari 2013 08:30 malam – 10:30 malam Cawangan Public Gold (Terengganu)
Penceramah: Wan Na'imah Bt Wan Mat Ali
No.Tel: 013-9316077
06hb Februari 2013 08:30 malam – 10:30 malam Cawangan Public Gold (Kota Bharu)
Penceramah: Sabri Bin Ahmad& Mohd Afandi Bin Isa
No.Tel: 019-9561641 & 013-9332993
06hb Februari 2013 08:30 malam – 10:30 malam Cawangan Public Gold (Kuantan)
Penceramah: Syarifah Nurul Faraidayu Binti Syed Mohd Azmi
No.Tel: 012-9539753
06hb Februari 2013 08:30 malam – 10:30 malam Cawangan Public Gold (Kuching)
Penceramah: Haryati Binti Mohd Sarkawi
No.Tel: 019-8899467
06hb Februari 2013 08:30 malam – 10:30 malam Cawangan Public Gold (Kota Kinabalu)
Penceramah: Hisham Bin Abdul Malik
No.Tel: 012-8332810
NEW DEALER ORIENTATION
Penceramah: Redzuan Bin Mohammad
No. Telefon: 019-4809839
Alamat Email: onieone74@yahoo.com
Web. www.emaskuning.com

Tarikh
Masa
Lokasi
08 Februari 2013
08.30 mlm – 10.30 mlm
Cawangan Public Gold Sungai Petani
No. 86, 1st Floor, Jalan Pengkalan Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah.

SIMPANLAH EMAS! MASIH BELUM TERLAMBAT…

Penceramah: Redzuan Bin Mohammad
No. Telefon: 019-4809839
Alamat Email: onieone74@yahoo.com
Web. www.emaskuning.com

Tarikh
Masa
Lokasi
15 Februari 2013
08.30 mlm – 10.30 mlm
Cawangan Public Gold Sungai Petani
No. 86, 1st Floor, Jalan Pengkalan Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah.

Monday, January 28, 2013

CARA MUDAH BELI EMAS DAPAT DUIT

Langkah Pertama untuk daftar online booking pembelian emas Public Gold
klik pada link ini: http://www.publicgold.com.my/referral/PG002162/84841
klik login dan pergi ke Register 

Isikan butir-butir yang diminta seperti nama, no KP,email dan alamat dan sebagainya kemudian hantar dan tunggu sebentar sehingga menerima email pengesahan. Kemudian klik link yang dihantar oleh Public gold melalui email anda.
  Kemudian, pergi ke Order disitu ada Place Order dan Place Sell Back sekiranya untuk lock beli ambil Place order dan sebaliknya untuk jual ambil Place Sell Back.
Kemudian keluar Term of Sale dibahagian bawah sekali  I Disagree dan I Agree. Klik I Agree
Kemudian pilih item item yang hendak dibeli dengan isikan jumlah dibahagian quantity
 Pilih tempat untuk ambil stock dan tatacara bayaran samada Full Payment, EPP dan Chq. Sekiranya ada apa-apa nota nak dimasukkan boleh taip di bahagian remark.
  Kemudian bila selesai, terus klik di bahagian update cart atau confirm order.
kemudian PG Auto respond akan hantar Sales Order sementara seperti dibawah.
Setelah selesai order, anda akan dihubungi oleh pihak pejabat Public Gold dalam waktu terdekat iaitu waktu pejabat. Anda dikehendaki membuat bayaran dalam tempoh 24 jam. Kemudian anda bolehlah ke pejabat terdekat ambil stok emas yang di tempah.
Selesai sudah tatacara order emas di Public Gold melalui online. Hubungi saya sekiranya ada apa-apa kemusykilan. 019-4809839

Tanya Pakar Sekiranya ANDA RAGU RAGU..

Wednesday, January 09, 2013

TANYA PAKAR EMAS !

BEBERAPA PERKARA PERLU DIBERI PERHATIAN SEBELUM MEMULAKAN PELABURAN EMAS!
SILA DATANG SEMINAR DI DEWAN SEMINAR TINGKAT 2, PEJABAT PUBLIC GOLD PEKAN BARU, SUNGAI PETANI KEDAH. PADA 18 JANUARI 2013 , JAM:8.30 MALAM,  HARI JUMAAT. ATAU PADA 15 FEBUARI 2013, JAM:8.30 MALAM,  HARI JUMAAT.

Cara-cara nak hadir hanya sms Nama dan nombor IC ke 019-4809839. PILIH SALAH SATU TARIKH DIATAS.

Friday, January 04, 2013

EMAS PELABURAN vs MENYIMPAN

MENGAPA  PERLU MENYIMPAN EMAS

Pengenalan

Emas dan Perak adalah komoditi logam yang bernilai (Precious Metal) yang paling stabil harganya. Ini disebabkan oleh permintaannya setiasa meningkat dari masa ke semasa. Harganya ditentukan oleh  persatuan pedagang pedagang emas dunia termasuk bank bank dan intitusi intitusi yang berpusat di London iaitu London Bullion Market Association (LBMA).http://www.lbma.org.uk/pages/index.cfm?page_id=3&title=the_london_market Harga emas bergerak setiap masa 24jam dan lima hari bekerja seminggu dan dirujuk oleh seluruh dunia dilaman web http://www.kitco.com/charts/livegold.html.

Sejak krisis 9/11 bermula, permintaan emas meningkat disebabkan faktor peperangan dan juga permintaan dari negara negara pengguna terbesar seperti India dan China.
Harga Emas Naik 600 peratus dalam tempoh 10 tahun.

Mengapa kita perlu menyimpan emas fizikal!

1) Kerana harga emas semakin meningkat dari tahun ke tahun. Sekiranya kita beli seratus gram pada tahun 2002 harga ketika itu RM3000 tapi sekarang RM18000. Kenaikan 600 peratus.

2) Nilai wang semakin merosot disebabkan inflasi, jadi emas adalah komoditi yang terbaik disimpan sebagai pelindung nilai untuk melindingi kekayaan.



Jadi mulakan menyimpan EMAS ! Pilih jenama yang dipercayai.
Mengapa jenama Public Gold?

1) Spread jual dan beli emas PG kecil 4.5 % ke 8%, anda dapat untung dalam masa lebih singkat sekiranya berlaku lonjakan harga emas dipasaran antarabangsa.

2) Sistem lock price (pesanan Internet) 24 jam. Dan harga emas di update Setiap 20 minit. (Jual dan Beli)
3) harga termurah di pasaran dan kemudahan jual beli di cawangan diseluruh Malaysia. Emas dijamin tulen dan sijil asseyer bertauliah. 

BILA MASA SESUAI MENJUAL EMAS ?

Ia bergantung kepada matlamat kewangan masing masing. Sekiranya anda beli emas semata mata untuk dijadikan eset lindung nilai, lagi lama menyimpan adalah lebih baik dan lebih lama lebih mahal emas kita. Sekiranya anda cuma nak menjadi pelabur untuk cari keuntungan, apa yang anda perlu, mudah sahaja iaitu beli ketika harga dipasaran jatuh dengan jumlah yang banyak kemudian jual semula ketika anda dah untung apabila harga emas naik semula. Ia bergantung kepada keadaan pasaran, mungkin seminggu, sebulan atau setahun. Lihat graf dibawah;

Julat jual beli emas dalam tempoh singkat berlaku sejak bulan September 2011 hingga Disember 2012. Walaupun harga emas dikatakan lembab disebabkan situasi ekonomi Amerika dan Eropah tetapi anda boleh lagi buat keuntungan sekitar 20% dengan teknik diatas.

UNTUK LEBIH PENERANGAN TEKNIK SECARA DETAIL ADALAH LEBIH SELESA ANDA HUBUNGI SAYA: 016-4409839 ATAU EMAIL: onieone74@yahoo.com

AMARAN !
Jangan sekali-kali membuat pelaburan tanpa usul periksa asal usul syarikat, atau individu-individu yang menawarkan pulangan lumayan secara bulanan atau hibah. Anda mungkin akan diperdaya disebabkan janji pulangan yang tinggi. 


Hubungilah pakar-pakar pelaburan terlebih dahulu sebelum memulakan pelaburan.