About

                   Dinar Emas zaman Khalifah Abdul Malik Marwan tersimpan di muzium London

Emas bernilai selama-lamanya. Sejak zaman berzaman, komoditi emas digunakan oleh manusia sebagai medium pertukaran atau wang untuk bertukar barangan. Emas dan Perak adalah komoditi yang paling stabil dan telah digunakan sebagai medium pertukaran sejak beribu tahun kerana semua manusia dan bangsa diatas muka bumi mengiktiraf komoditi ini sebagai logam yang mulia dan mempunyai nilai tinggi dan intrinsic value. kerana sifatnya yang cantik dan fitrah manusia yang dianugerahkan oleh Allah membuatkan manusia menjadikan emas sebagai harta dan harga pengukur nilai sesuatu barang. Seorang sarjana ekomoni yang juga ulama Islam terkenal iaitu Ibnu Khaldun menukilkan didalam kitabnya yang bernama Al Muqaddimah; Berbunyi lebih kurung " Allah menjadikan dua logam mulia iaitu emas dan perak sebagai pengukur nilai barang dan harta kekayaan bagi manusia. Barangan yang lain juga digunakan untuk tujuan mendapatkan emas dan perak"

Wang Emas The Lydion Lion
Wang emas zaman firaun purba masih bernilai sehingga hari ini. Tetapi sekiranya wang kertas seperti sekarang sudah pasti akan binasa ataupun hanya kosong nilainya. 
Wang Zimbabwe yang telah mati tahun 2008 akibat Hyperinflasi disebabkan Kerajaannya mencetak secara besar-besaran.
Matawang Mark Jerman juga pernah menghadapi kehilangan nilai pada perang dunia kedua. 





No comments:

Post a Comment