Monday, November 26, 2012

PELABURAN EMAS (DEFINASI)

Dari kesemua logam berhargaemas adalah yang paling popular sebagai pelaburan.[1]Para pelabur biasanya membeli emas sebagai pelindung nilai atau perlindungan selamat terhadap apa-apa krisis ekonomi, politik, sosial, atau wang fiat (termasuk kemerosotan pasar pelaburan, pertambahan hutang negara, kegagalan mata wang, inflasi, perang dan kekacauan sosial). Pasaran emas juga tertakluk pada spekulasi seperti manakommoditi lain, khususnya melalui kegunaan kontrak hadapan dan terbitan. Sejarahpiawai emas, peranan rizab emas dalam perbankan pusathubung kait rendah emas dengan harga komoditi lain, dan penentuan harganya berbanding mata wang fiatsewaktu krisis kewangan 2007–2010, mencadangkan bahawa emas mempunyai ciri-ciri menjadi wang.[2][3]
Emas telah digunakan di sepanjang sejarah sebagai wang dan telah menjadi suatu piawai relatif untuk persamaan matawang khusus pada daerah ekonomi atau negara. Banyak negara Eropah implemented piawai emas pada bahagian kemudian abad ke-19 hingga ini telah dismantled in the financial crises involving Perang Dunia I. Selepas Perang Dunia IIsistem Bretton Woods pegged dolar Amerika Syarikat dengan emas pada kadar AS$35 tiap auns troy. Sistem ini wujud hingga Nixon Shock 1971, apabila AS unilaterally menggantung kebolehtukaran lanjut dolar Amerika Syarikat dengan emas dan membuat pemindahan ke sistem matawang fiat. Matawang terakhir untuk dicerai dari emas adalah Franc Swiss pada 2000.
Sejak 1919 tanda aras paling biasa bagi harga emas adalah pembetulan emas London, suatu mesyuarat telefon harian dua kali perwaklan dari lima firma dagang bulion pasar bullion London. Tambahan, emas didagang secara berlanjutan di sepanjang dunia berasaskan harga spot hari intra, berasal dari pasar dagang emas di atas kaunter di keliling dunia (kod "XAU"). Jadual berikut memuatkan harga emas lawan pelbagai aset dan statistik utama:


Pada Mac 2008, harga emas melebihi AS$1,000,[9] mencapai suatu tinggi nominal AS$1,004.38. Dalam istilah sebenar, nilai sebenar masih berada di bawah AS$599 memuncak pada 1981 (persamaan dengan $1417 dalam nilai dolar A.S. 2008). Selepas tikaman Mac 2008, harga emas jatuh ke suatu kekurangangold AS$712.30 tiap auns pada bulan November. Harga emas tidak lama lagi melanjut pada kederasan ke arah atas dengan secara buat sementara waktu memecah batasan AS$1000 sekali lagi pada lewat Februari 2009 tetapi merosot kembali secara sederhana kemudian dalam suku tahun.
Selepas naik turun kembali berhampiran dengan tanda AS$1,000.00 pada pertengahan September 2009, pasar emas antarabangsa memuncak ke AS$1,023.30. Hargaan kemudian merosot secara sederhana sekali lagi pada lewat September 2009, jatuh semula ke AS$991.70 untuk minggu berakhir pada September 25, 2009.
Kemudian pada 2009, rekod harga spot hari intra Mac 2008 AS$1,033.90 telah dipecah kerap kali pada Oktober, apabila harga emas memasuki pentas parabola secara maju ketinggian baru apabila suatu tikaman membalik ke $1226 memulakan suatu kesan semula harga pada tingkat pertengahan Oktober.
Pada September 17, 2010, Harga emas tutup di suatu tinggi nominal baru $1,281.73 di NYMEX.

Sumber Wikipedia 
Untuk memulakan pelaburan hubungi saya 016-4409839


Friday, November 23, 2012

Harga Emas Di Bank tak naik- naik

Harga emas di bank a.k.a Gold Saving account tak naik naik walaupun pergerakan harga emas sejak awal bulan lalu telah berbeza. Bagi pelabur yang membeli emas fizikal dari syarikat Public Gold pasti nya mendapat harga belian yang rendah pada minggu lalu, dan yang beli pada bulan Jun lalu telah boleh jual pada ketika sekarang. Tetapi kalau emas bank? Tentunya tak boleh jual lagi walaupun pada  harga yang mrk pamerkan spread kecil 4-5% tetapi tak bermakna apa-apa sebab bank tidak update mengikut harga harian antarabangsa. Jadi pelabur terpaksa tunggu lama lagi. Lihat carta di bawah.




Cristiano Ronaldo Derma Kasut Emas

Cristiano Ronaldo, telah mendermakan kasut emasnya untuk dilelong. Wang lelongan kasut didermakan kepada Rakyat Gaza.



Tuesday, November 13, 2012

KRIM NUR SYIFA

KRIM HERBA PERBAGAI GUNA NUR SYIFA. 100% KELUARAN MUSLIM LAGI HALAL.

MEMBANTU BERBAGAI MASALAH PENYAKIT ;

PENGEDAR DAN STOKIS DIKEHENDAKI DI SELURUH NEGARA

HUBUNGI: 019-4809839 

Tuesday, November 06, 2012

PILIHANRAYA PRESIDEN AMERIKA DAN MANIPULASI DATA PENGANGGURAN


Harga emas telah jatuh sejak awal Oktober hingga Awal November  iaitu sebanyak 6.6% disebabkan faktor utama ialah data pengangguran Ameraka bertambah baik. Data bulan September bertambah baik kepada 8.2% daripada 8.8% dan ketika hampir kepada saat akhir pembuangan undi memilih Presiden Amerika dan ketika New York bergelut dengan  bencana Taufan Sandy tiba-tiba pengumuman data terbaru pengangguran bulan Oktober bertambah baik lagi kepada 7.9%. Harga komoditi emas juga menghadapi tekanan iaitu penurunan iaitu sejak 5 Okt hingga 3 November sebanyak 6.6 %. Jadi ini adalah entry point yang baik untuk menambah nilai simpanan anda dan permulaan bagi yang belum bermula menyimpan emas. Kami yakin data data pengangguran tersebut bersifat manipulasi Kerajaan Obama untuk menaikkan reputasi beliau untuk mengekalkan kerusi Presiden sepenggal lagi. Ini mungkin fenomena sementara. Kemungkinan juga selepas kerajaan baru dibentuk pergerakan harga emas mungkin lebih agresif bergantung kepada polisi kerajaan baru nanti.
Apa-apapun sekarang adalah masa yang terbaik memulakan pembelian.
 FAST ACTION FAST RESULT
Berdasarkan graf pergerakan emas sejak awal tahun ini, sekiranya anda mengambil tindakan seperti didalam geraf diatas pastinya anda dapat mengandakan keuntungan walaupun harga emas belum naik atau mencatat rekod baru. Ini adalah kelebihan bagi sesiapa yang melabur didalam emas fizikal di syarikat yang menawarkan spread belian yang kecil dan harga kemaskini semasa yang pantas selama setiap 20 minit 24 jam  sehari dan 7 hari seminggu. Berbanding dengan belian emas di syarikat yang spread jual beli yang walaupun kecil tetapi lambat kemaskini harga juga tidak bermakna sekiranya harga pada waktu puncak  sepatutnya kita boleh jual tetapi syarikat tersebut masih tidak kemaskini harga mereka.

JADI JANGAN BERLENGAH LAGI HUBUNGI SAYA NAK TAHU BAGAIMANA UNTUK MEMULAKANNYA MELABUR EMAS FIZIKAL. RISIKO AMAT RENDAH SELAGI EMAS DITANGAN ANDA.
AMARAN !
1)      JANGAN BELI EMAS DARIPADA SYARIKAT TETAPI BERSYARAT TIDAK BOLEH BAWA BALIK EMAS.
2)      JANGAN BELI EMAS DARI SYARIKAT YANG BERI SYARAT  DAN ADA TEMPOH MATANG UNTUK JUAL KEMBALI EMAS MEREKA.
3)       JANGAN BELI EMAS DARIPADA SYARIKAT YANG MENAWARKAN HIBAH BULANAN, KERANA EMAS TIDAK MENJANJIKAN KEUNTUNGAN  DAN PULANGAN TETAP.
4)      JANGAN BELI EMAS TANPA MENGETAHUI SYARIKAT BERPUSAT DIMANA, SUSAH UNTUK  JUAL EMAS MEREKA DAN JUGA PELABURAN EMAS YANG TIDAK ADA HITAM PUTIH.

Admin
Redzuan Mohd
Master Dealer Public Gold
PG002162 (A0984)
019-4809839
Sungai Petani

Wednesday, October 31, 2012

BNM percepat siasat Genneva


BANK Negara Malaysia (BNM) akan menyegerakan siasatan ke atas syarikat urus niaga emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd bagi mempercepatkan penyelesaian segera kes itu.
Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, langkah mempercepatkan siasatan itu diambil berikutan ramai di kalangan pelabur dan penyimpan ingin tahu kesudahan mengenai siasatan berkenaan.

“Dengan menyegerakan siasatan, kes ini dapat diselesaikan dengan lebih cepat,” katanya di luar majlis Kongres Insurans Asia Timur ke-26 di Kuala Lumpur, semalam.
Pada awal bulan ini, pasukan polis, BNM dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melakukan serbuan ke atas Genneva dan sekutunya di dalam negara kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan.

Tiga syarikat lain, Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd turut diserbu.

Semua syarikat terbabit disiasat berikutan disyaki melakukan kesalahan antaranya mengambil deposit secara haram, mengubah wang haram, mengelak cukai, memberikan gambaran yang salah termasuk deskripsi palsu dan melantik ejen tanpa lesen.
Sementara itu, Public Gold Marketing Sdn Bhd (Public Gold Marketing) memaklumkan bahawa BNM mengambil keputusan menggugurkan nama syarikat itu daripada Senarai Peringatan Pengguna pada 29 Oktober.

Selepas penilaian teliti dilakukan, BNM mengesahkan Public Gold Marketing sebagai perniagaan tulen dan tidak mengambil kesempatan ke atas pelanggannya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/31

Monday, October 29, 2012

KWSP GANTUNG PENGELUARAN PELABURAN PUBLIC MUTUAL?


Perkhidmatan Public Mutual Bhd sebagai Institusi Pengurusan Dana (IPD) digantung di bawah Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa mulai 29 Okt, 2012.”Sehubungan dengan penggantungan tersebut, Public Mutual Bhd (Kod IPD 03) adalah tidak dibenarkan membuka akaun untuk ahli KWSP dan/atau menerima sebarang pemindahan simpanan ahli dari KWSP mulai dari 29 Okt, 2012,” demikian menurut makluman yang dipaparkan di laman sesawang agensi itu mulai semalam.
Makluman itu, bagaimana pun menyatakan bahawa IPD berkenaan masih bertanggung jawab menguruskan pelaburan simpanan ahli KWSP yang telah dipindahkan sebelum 29 Okt, 2012.
Tindakan ke atas PMB ini dilihat sebagai adalah tindakan berterusan yang diambil oleh agensi-agensi berkaitan kerajaan pusat yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) yang menyasarkan entiti-entiti perniagaan milik dan menjadi kegemaran pelaburan oleh kaum Cina di Malaysia.
Sebelum ini, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil tindakan merampas dan menutup beberapa perniagaan berasaskan emas beberapa minggu lalu yang menjadi jenis perniagaan yang diminati oleh kaum Cina. Tindakan agensi-agensi seperti BNM dan KWSP ini dilihat sebagai keterlaluan kerana gagal memberikan penjelasan segera mengenai tindakan mereka berbuat demikian. Malah tindakan tanpa penjelasan yang berpatutan ini akan menyebabkan berlakunya spekulasi berkaitan politik.
Salah seorang pelabur di PMB yang enggan mendedahkan nama beliau yakin bahawa tindakan agensi-agensi kerajaan yang mengejutkan ini hanya akan menyebabkan kerajaan BN tidak mampu lagi menarik kembali undi pengundi kaum Cina di saat-saat kerajaan yang kini hanya ada kurang 6 bulan untuk mengadakan pilihanraya umum.
Beliau juga mengandaikan bahawa tindakan KWSP ini yang dikhabarkan bimbang dengan begitu ramainya pelabur memilih PMB bagi mengeluarkan simpanan mereka. Ini adalah kerana KWSP dikatakan lebih suka wang-wang yang dikeluarkan dari simpanan pekerja dilaburkan di dalam syarikat-syarikat pengurusan dana amanah yang berkaitan dengannya sebagai pemegang saham utama seperti CIMB Wealth. Beliau yang juga merupakan pelabur berbangsa Melayu memberitahu ‘khabar’ ini sudah pun timbul sejak beberapa tahun lalu kerana PMB terus mencatatkan kedudukannya sebagai dana yang menerima paling banyak sokongan oleh pencarum di KWSP.
Hanya beliau terkejut apabila KWSP mengumumkan penggantungan KWSP di saat-saat kerajaan BN kini memerlukan kembalinya pengundi Cina kepada mereka beberapa minggu BNM mengambil keputusan yang menggugat pelaburan kebanyakan kaum Cina di dalam emas.
PMB adalah syarikat yang menguruskan dana amanah yang terbesar di Malaysia dan mempunyai ramai pencarum. PMB juga merupakan anak syarikat berkaitan dengan Public Bank Bhd. Dijangkakan beribu-ribu agen dana amanah PMB akan tergugat pendapatan mereka disebabkan tindakan KWSP ini.
JOM EMAS !BELI, SIMPAN DAN JUAL...MUDAH
TIDAK PERLU GANGU WANG KWSP ANDA