Monday, July 12, 2010

BOLEHKAH DIKATAKAN BAYI MATA SATU INI DAJJAL??




BERIKUT HADIS-HADIS SAHIH MUSLIM TENTANG DAJJAL

Kitab : KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT
Bab : Bab Cerita Mengenai Dajal, Sifat Dan Perkara Yang Ada Bersamanya
5219. Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tiada seorang Nabi pun yang diutuskan melainkan dia memberi peringatan (yang menakutkan) kepada umatnya tentang penipu yang buta sebelah matanya. Ketahuilah bahawa Dajal itu buta sebelah matanya dan Tuhan kamu tidak buta sebelah matanya dan ditulis di antara dua matanya (Dajal) Kaf Fa dan Ra (Kafir).
5222. Hadis Huzaifah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Dajal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka.
5227. Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Perhatian! Aku akan menceritakan kepada kamu tentang Dajal apa yang belum diceritakan oleh Nabi kepada kaumnya. Sesungguhnya Dajal itu buta sebelah matanya. Dia akan datang membawa bersamanya seperti Syurga dan Neraka. Syurga yang didakwa oleh Dajal itu sebenarnya adalah Neraka. Aku memperingatkan kamu (dalam masalah Dajal) sebagaimana Nabi Nuh memperingatkan kaumnya.
Kitab : KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT

Bab : Bab Menceritakan Tentang Sifat Dajal, Dajal Tidak Dibenarkan Memasuki Madinah, Dia Akan Mematikan Orang Mukmin Serta Menghidupkannya

5229. Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah menceritakan kepada kami pada satu hari, cerita yang panjang tentang Dajal. Antara perkara yang baginda ceritakan kepada kami ialah sabdanya: Dajal akan datang sedangkan dia tidak dapat memasuki jalan-jalan dan lereng-lereng bukit di Madinah maka dia berhenti di kawasan tanah yang masin dan gersang (tiada tumbuhan) yang terletak selepas Madinah. Maka keluar pada hari itu seorang lelaki yang paling baik atau (keraguan rawi) antara manusia yang baik lalu lelaki itu berkata kepada Dajal: Aku bersaksi sesungguhnya engkau ini adalah Dajal sebagaimana yang telah diceritakan oleh Rasulullah s.a.w dalam Hadisnya. Dajal pun bertanya: Apa pendapat kamu sekiranya aku mematikan yang ini kemudian aku menghidupkannya semula. Adakah kamu ragu-ragu tentang masalah itu. Lelaki itu menjawab: tidak. Maka Dajal telah membunuhnya kemudian menghidupkannya semula. Lalu lelaki itu berkata sebaik sahaja Dajal menghidupkannya: Demi Allah. Aku lebih mengetahui tentang dirimu sekarang ini dari apa yang aku tahu kelmarin. Abu Said menyambung lagi: Dajal ingin membunuh lelaki itu tetapi tidak berjaya.

Kitab:KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT

Bab : Bab Cerita Mengenai Dajal Dan Dia Merupakan Makhluk Yang Paling Hina Di Sisi Allah

5231. Hadis Al-Mughirah bin Syu'bah r.a katanya:
Tiada seorang pun yang bertanya kepada Nabi s.a.w tentang Dajal lebih banyak daripada apa yang aku tanya. Rasulullah s.a.w bersabda: Apakah yang menyusahkan kamu. Dia tidak boleh memberi sebarang kemudaratan kepada kamu. Aku berkata: Wahai Rasulullah! Mereka berkata, dia (Dajal) mempunyai makanan dan sungai. Nabi bersabda lagi: Dia merupakan makhluk yang paling hina kerana boleh menipu para mukmin dengan nikmat yang diberikan oleh Allah kepadanya.

Kitab : KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT

Bab : Bab Kisah Al Jassasah (Pengintip Untuk Dajal)

5236. Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak ada negara (dalam dunia) melainkan akan dipijak (dilanda) oleh Dajal kecuali Mekah dan Madinah kerana setiap jalan dan lereng bukit dijaga oleh barisan Malaikat. Oleh itu Dajal akan turun (berhenti) di satu kawasan bernama Sibkhah (tanah kering lagi masin) maka Madinah bergegar sebanyak tiga kali, kemudian semua para Kuffar (orang kafir) dan para Munafik keluar dari Madinah menemui Dajal

Kitab : KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT

Bab : Bab Tanda Hampirnya Kiamat

5244. Hadis Sahl bin Saad r.a katanya:
Aku telah mendengar Nabi s.a.w bersabda sambil menunjukkan dengan jari selepas ibu jari (jari telunjuk) dan jari tengah: (Jarak waktu) Antara masa aku diutuskan dengan masa berlakunya Kiamat seperti ini.

5245. Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Jarak masa aku diutuskan dengan berlakunya Hari Kiamat adalah seperti dua jari ini (iaitu jari telunjuk dan jari tengah).

5248. Hadis Aisyah r.a katanya:
Orang Arab Badwi telah datang berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. Mereka bertanyakan tentang Hari Kiamat iaitu bilakah berlakunya Hari Kiamat. Maka Rasulullah s.a.w melihat kepada yang paling muda di antara orang arab kampung itu lalu bersabda: Sekiranya dia ini hidup dan belum sempat tua (mati sebelum tua), maka ketika itu berlakulah Kiamat untuk kamu. (Mengikut riwayat Kiamat juga dimaksudkan dengan mati, iaitu apabila seseorang itu mati maka telah berlaku ke atasnya Kiamat walaupun sebelum mencapai umur tua).

5249. Hadis Anas bin Malik r.a:
Seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w berkenaan dengan masa berlakunya Kiamat. Ketika itu ada seorang budak lelaki dari kaum Ansar yang dipanggil Muhammad. Maka Rasulullah s.a.w menjawab: Sekiranya budak lelaki ini hidup, boleh jadi dia tidak sempat tua (mati sebelum tua) sehinggalah berlakunya Kiamat. (Mengikut riwayat Kiamat juga dimaksudkan dengan mati, iaitu apabila seseorang itu mati maka telah berlaku ke atasnya Kiamat walaupun sebelum mencapai umur tua).

Kitab : KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT

Bab : Bab Jarak Masa Antara Dua Tiupan Sangkakala

5253. Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Jarak masa antara dua tiupan sangkakala ialah empat puluh. Para sahabat bertanya: Wahai Abu Hurairah! Adakah ianya empat puluh hari? Abu Hurairah berkata: Aku tidak tahu. Para sahabat bertanya lagi: Empat puluh bulan? Abu Hurairah berkata: Aku tidak tahu. Para sahabat bertanya: Empat puluh tahun? Abu Hurairah berkata: Aku tidak tahu. Abu Hurairah menyambung lagi. Kemudian Allah menurunkan air (hujan) dari langit maka mereka (manusia yang telah mati) dibangkitkan sebagaimana tumbuhnya sayur-sayuran. Seterusnya Abu Hurairah meriwayatkan lagi: Manusia (ketika itu) tidak mempunyai sesuatu melainkan benda (tulang belulang, kain kapan) yang buruk dan seketul tulang Ajbuzzanab, iaitu tulang (tempat tumbuh ekor pada haiwan dan dinamakan juga tulang salbi), dengan tulang inilah manusia dibentuk (dihidupkan) pada Hari Kiamat.

No comments:

Post a Comment