Tuesday, November 30, 2010

KRISIS HUTANG DI EROPAH PENYUMBANG KEPADA KENAIKAN HARGA EMAS


Gold Advances on Haven Demand as European Debt Crisis Spreads-Bloomberg Business week

Gold Advances on Haven Demand as European Debt Crisis Spreads
November 30, 2010, 8:50 PM ESTBy Sungwoo Park
Dec. 1 (Bloomberg) -- Gold advanced for a third day on concern that the European debt crisis may escalate, increasing demand for haven investments. The price of the precious metal in euros gained to a record.
Immediate-delivery gold climbed as much as 0.2 percent to $1,389.35 an ounce and traded at $1,388.40 at 10:44 a.m. in Seoul. The price jumped to $1,390.23 yesterday, the highest level since Nov. 12. The February-delivery contract rose as much as 0.3 percent to $1,390.60 an ounce on the Comex in New York.
"Investors are still jittery over the European debt problems," said Hwang Il Doo, a senior trader at Korea Exchange Bank Futures Co. in Seoul. Yesterday's rally, when prices gained as much as 1.8 percent, was "very strong," Hwang said.
The euro yesterday fell to the lowest level in more than 10 weeks against the dollar on speculation that the region's sovereign-debt crisis will broaden. Investor concern has shifted to burgeoning debt in Spain and Portugal after European governments bailed out Ireland and Greece. Standard & Poor's said yesterday that it may cut Portugal's credit ratings.
"The market will continue to go after each individual country until the European Union steps forward with a credible way of dealing with the credit issues and questions held by the market," said Douglas Borthwick, head of foreign-exchange trading at Stamford, Connecticut-based Faros Trading LLC.
Gold denominated in euros gained for a fourth day, climbing as much as 0.2 percent to 1,069.993 euros per ounce, an all-time high.
November Rally
Bullion rose 2 percent in November, the fourth monthly gain, and touched a record $1,424.60 an ounce on Nov. 9, on investor demand for protection against the debasement of currencies. Central banks have maintained low interest rates while governments have spent trillions of dollars to spur growth.
UBS AG on Nov. 29 cut its one-month forecast for gold to $1,325 an ounce from $1,425. "Year-end profit-taking remains probable," UBS analyst Edel Tully wrote yesterday.
Spot silver rebounded from a loss of 0.3 percent to gain 0.2 percent to $28.1257 an ounce. UBS yesterday cut its one- month silver forecast to $25.50 from $30, while maintaining a three-month estimate of $27.
Cash palladium increased 0.4 percent to $702.25 an ounce after falling as much as 0.6 percent. Spot platinum climbed 0.8 percent to $1,670.50 an ounce.

Source: http://www.businessweek.com/news/2010-11-30/gold-advances-on-haven-demand-as-european-debt-crisis-spreads.html

Sunday, November 28, 2010

KEMBALIKAN SUNNAH DALAM KEWANGAN ISLAM




Peristiwa Pemecatan Khalifah Islam Terakhir Sultan Abdul Hamid (1876 - 1909. Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akan dilupakan oleh sejarah. Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) d iParlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turu tbersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, waki lrakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.“Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?”, Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa.Tiada simpati di wajah mereka.“Ummah telah memecat kamu”, Esat Pasha memberitahu. Angkuh benar bunyinya. Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan AbdulHamid.“Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?”, baginda berfikir.“Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?”, Sultan Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.“Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda kemerah-merahanmenahan marah. Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudidi Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu.

Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. SultanAbdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat nyawanya.“Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untukmenghantar berita penggulinganku malam itu”, Sultan Abdul Hamid meluahkan deritahatinya di dalam diari baginda.Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum malam itu.Beberapa Jumaat kebelakangan ini, nama baginda sudah tidak disebut di dalam khutbah.“Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kami”, Esat Pasha menyambung katanya.Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda yang seorang lagi. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu.“Bawa adik-adik kamu ke dalam”, Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul Rahim membawa adik beradiknya ke dalam bilik.“Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil danaku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka”, Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada gunanya untuk keputusan yang dibawa olehrombongan itu dibantah.Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknya yang ramai.Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah jumlah yang besar.

Permintaan Sultan Abdul Hamid II ditolak mentah-mentah oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. Malamitu juga, baginda bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian,dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci di Istanbul Khalifah terakhir rumat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece .Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan sebagai petanda Sultan Mehmed V Resad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam ituSultan Mehmed V Resad menjadi Khalifah ke 99 umat Islam semenjak Abu Bakr al-Siddiqr.a. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tiada kuasa. Hanya boneka umpan menahanpemberontakan masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah.“Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa begitu tenang dan aman.Seperti sebuah gunung besar yang selama ini menghempap dadaku, diangkat penuhkelegaan” kata Sultan Abdul Hamid di dalam diarinya.Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan.Anak-anaknya yang lain turut menangis sama. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju keSalonika di Greece penuh misteri.“Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematianitu kesudahan untuk semua”, kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum keraba tbaginda.Kereta api meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang.

Berakhirnya Kegemilangan 600 tahun

Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Osman, berakhir malam itu. Palitan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali.Dalam suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas kerusi kereta api sambil dipicit oleh anaknya Fatimah.“Sabarlah anakku, Ummah tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umatMuhammad ini”, baginda mengusap wajahnya dengan linangan air mata.Lama benar baginda dan ahli keluarganya dikurung di istana Yahudi yang buruk itu. Merekadikurung di dalam bilik tanpa perabot. Pintu dan tingkap istana, dilarang daripada dibuka.Hari demi hari, adalah kematian sebelum mati bagi baginda sekeluarga. Akhirnya pada tahun1912, Sultan Abdul Hamid dibawa pulang ke Istanbul, dan anak-anaknya bercerai berai,dibuang ke Perancis sebagai pengemis dan pelarian yang merempat di jalanan.

Sultan Abdul Hamid dikurung di Istana Beylerbeyi selama 6 tahun.“Maafkan patik, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal”, doktoryang merawat Sultan Abdul Hamid berbisik ke telinga baginda.Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asthma baginda semakin serius. Doktorsudah tidak dapat berbuat apa-apa.Renungan Sultan Abdul Hamid menghancurkan hati doktor tersebut. Bagaimana seorangkhalifah umat ini harus menemui ajalnya di tangan beliau.“Ampunkan aku ya Allah. Tiada upaya bagi hamba-Mu yang lemah ini”, seorang doktorsudah hilang upaya.Baginda Sultan Abdul Hamid II telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalamkurungan di Istana Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi oleh seluruhpenduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkanKhilafah Othmaniyyah dilumpuhkan selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid, 10 tahunyang lalu. Menangislah… tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu.Nukilan dari muzakirat/diari Sultan Abdul Hamid Kejatuhan Empayar Othmaniah sebenarnya bermula sejak dari pemerintahan Sultan MahmudII (1808 -1839) lagi.

Punca Kejatuhan Turki Uthmaniyyah

Kita boleh melihat puncanya dari dua sudut

Pertama : Pemodenan mengikut arus barat.
Kedua : Meninggalkan amalan Islam.

Ada agenda tersembunyi yang perlu kita fahami. Sepanjang kurun ke 19 berlaku proses perindustrian dan elektonik di Eropah, ianya bukan satu proses semula jadi bahkan satu perancangan pihak tertentu untuk mengaut keuntungan. Apa yang terjadi ? Kemajuan teknologii membawa saudara kembarnya yang menjadi protokol atau prosedur bersama-samanya iaitu bon – bon, sekuriti, wang kertas dan lain – lain instrument kewangan.Bermula dari projek pembinaan keretapi yang memerlukan modal yang besar (Istanbul ke Makkah) , cara pembayaran Islam tidak boleh dipakai. Mereka menumpu di Turki sebagai pusat pemerintahan dan Mesir sebagai pusat intelektual Islam. Cara perniagaan atau muamalat islam mesti diketepikan, maknanya keputusan para Ulamak dalam hal – hal perniagaan tidak diperlukan lagi.Selama ini umat Islam menguasai bidang perniagaan dan perdagagan sementara masyarakat Yahudi dan Kristian membayar jizyah bagi keselamatan mereka dan membenarkan mereka tidak ikut serta dalam kewajipan ketenteraan. Malangnya selepas tugasan penyusunan semulamasyarakat diserahkan kepada Bankers Yahudi atas nama untuk memodenkan KhilafahOthmaniah , pekara yang sebaliknya berlaku orang Yahudi dan Kristian menjadi TUAN/Masters kaya raya sedangkan rakyat Khilafah pulak menjadi miskin.

Sultan Mahmud II membentuk tentera diraja bermodelkan tentera British. Tentera jihad di ganti dengan tentera makan gaji. Sistem demokrasi diperkenalkan, jawatan wazir besardiganti dengan Perdana Menteri. Cukai dinaikkan.Tanzimat (reformasi) diperkenalkan pada tahun 1839 oleh Sultan Abdul Mecit .Sistem kerajaan tempatan digantikan dengan model Perancis. Ini menyebabkabkan sistem perniagaan Bazaar, khidmat masyarakat melalui waqaf yang dipanggil imaret dan millet (majlis perlindungan bagi golongan minoriti ) tidak lagi berfungsi . Pendidikan dua aliran diperkenalkan , tradisional dan sekular yang bertulang belakangkan stok, bon dan lain – laininstitusi kewangan moden. Ini berlaku secara tidak sedar atas nama memodenkan empayar.Undang – undang Islam keatas status ahlu Zhimmah dihapuskan. Reformasi Tanzimat memfokuskan kepada pemusatan pentadbiran ( administrative centralization) menggantikan sistem autonomi amiriah tempatan. Tiga wazir yang menjayakan tanzimat ialah Rechid, Alidan Fuad Pasha. Mereka bersahabat baik dengan banker Yahudi bernama Camondo. Merekamenghabiskan banyak masa mereka di Paris mempelajari teknik permodenan barat. Nasihatdari financial planner Yahudi diperlukan bagi memodenkan empayar.Kebanyakan orang Yahudi di Istanbul tinggal di Galata. Isaac Camondo menubuhkan BankCamondo pada tahun 1802. Saudaranya Abraham-Salomon Camondo menggantikannya padatahun 1832. Kerana sumbangannya yang besar kepada tanzimat beliau dianugerahkan Nishan-I Iftihar dan menjadi Komander Mejidiye pada tahun 1849.
Pada tahun 1842 wang kertas KAIMA diperkenalkan menggantikan dinar dan dirham , in imembawa kepada penguasan banker YAHUDI keatas kedaulatan khilafah. Secara tidak sedar, banker-banker ini dijemput untuk mencipta system kewangan moden dengan system riba mereka melalui bon, kredit, saham dan pengeluaran wang kertas yang dikuasai banker Yahudi. Reformasi kewangan memberi mereka peluang untuk membuka bank – bank baru. Pada tahun 1845 Kerajaan Othmaniah bersama Mm. Alleon dan Theodore Baltazzi menubuhkan Bank of Constantinople bagi tujuan memberi pinjaman kepada kerajaan. Perang Krimea memberi peluang kepada banker Yahudi berkembang dalam Empayar Othmaniah.Kerajaan memerlukan dana untuk peperangan. Bank memberi pinjaman dengan interest.Ottoman Bank ditubuhkan pada tahun 1856, ia menjadi satu langkah kepada penubuhan bank pusat dengan dana dari luar dengan jumlah 500,000 pound sterling. Transformasi modal persendirian kepada Bank Pusat akan membawa kepada system kuasa berada ditangan pemiliknya banker – banker Yahudi Antarabangsa.Keluarga Rothschilds yang terlibat dalam penubuhan Federal Reserve USA juga turut terlibat atas nama pelaburan melalui Alphonse de Rothchilds dan bapanya James Rothschilds membuka cawangan French Rothchilds Bank di Istanbul.Kerja – kerja untuk penubuhan bank pusat akhirnya berjaya dengan tertubuhnya La Bank Imperiale Ottomane pada tahun 1863 dengan bantuan Yahudi bernama Emil dan Isaac Pereire. Ini model yang menjadi supe rbank seterusnya dari Bank pusat kepada Bank Dunia dan International Monetary Fund. Bank ini menjadi bankers bank, dengan deposit danpengumpul dan pengedaran kredit. Ia akan menentukan kadar antara Bank, memberi pinjaman, jual dan beli, membincangkan pembelian komoditi, memberi dana dan melibatkandiri dalam projek pelaburan dan mengeluarkan dan mencetak wang baru.Bank Camondo hanyalah bank biasa, Ottoman bank ialah bank dengan dana tempatanseterusnya bank baru Imperial Ottoman bank menjadi Bank Pusat dengan dana antarabangsa.Satu system penguasaan kewangan telah diletakkan batu asasnya. Bank ini akan menyerap masuk dalam setiap aktiviti masyarakat bermula dari kedai runcit. Tidak ada aktiviti masyarakat yang dapat lepas dari Bank. Dari aktiviti jual beli, simpanan seterusnya danakewangan dan pelaburan , semuanya melibatkan bank. Mereka menjadi Tuan kepada dunia. Masters of the Worlds.

Pada tahun 1858 bankers Yahudi telah meletakkan syarat pinjaman dengan jaminan tranformasi sosial kepada Kerajaan Othmaniah. Ini menunjukkan sistem ekonomi hutang berkait rapat dengan kejuruteraan sosial. Pada waktu itu jizyah sudah berkubur. Bank Yahudi bertapak, sistem politik Nasrani Kristian menjadi penggerak empayar Othmaniah! Hakmenandatangani kerajaan tergadai kepada peminjam wang. Tahun itu juga , undang - undangtanah baru menafikan hak Sultan. Seterusnya tahun 1867 , orang asing dibenarkan membeli tanah.Projek keretapi menghubungkan Istanbul ke Vienna , Austria dikatakan akan menghubungkan dunia Islam dan Eropah. Oleh kerana projek ini begitu besar, begitu jugalahperanan penipuan besar oleh bank - bank Yahud di London, Paris dan Brussel dalam membiayai projek ini dengan bon - bon kerajaan Othmaniah. Pada tahun 1873 , berlaku 'crash 1873 ' yang membawa kepada kejatuhan nilai bon - bon tersebut. Projek ini bukan sahaja pembanggunan fizikal dalam bentuk konkrit bangunan semata - mata. Bahkan suatu gerakan yang mengatasi ruang lingkup sempadan nasional dan bangsa tetapi didalang idengan angka - angka pada dokumen kewangan yan dipanggil saham dan bon.

Pada tahun 1875 Kerajaan Othmaniah diistiharkan muflis kerana tidak mampu membayar hutang. Suruhanjaya Asing dilantik mewakil pemegang saham asing. Kerajaan terpaksa mengenakan cukai terhadap rakyat. Serbia memberotak. Bosnia diserahkan kepada Austria dibawah bendera Othmani. Jalan keretapi tidak siap tetapi separuh dari perniagaan laut telah jatuh ke tangan British.Kesan mengurangkan perjalanan dari Vienna ke Istanbul dari seminggu ke 40 jam ialah kejatuhan Khilafah Othmaniah. Sultan Abdul Hamid menjadi Khalifah pada tahun 1876. Beliau mahu kembali kepada pemerintahan asal Othmaniah sebelum tanzimat. Beliau menolak sistem hiraki barat dan mahukan sistem Topkapi (nama sebuah istana lama di Istanbul ) dan imaret diperintah oleh keluarga diraja Othmaniah semula. Beliau tidak percaya kepada pegawai - pegawai yang berkhidmat sebelumnya. Secara beransur -ansur beliau mengurangkan peranan mereka dalam kerajaan. Beliau berjaya mengurangkan hutang kerajaan.

Pada tahun 1896, perwakilan Zionis telah menemui beliau. Sebagai tawaran untuk mendapatkan Palestin mereka memberi tawaran untuk memperbaiki keadaan krisis kewangan yang dihadapi oleh kerajaan Othmaniah. Bagaimana seorang yang tidak mempuyai tanah airnya sendiri boleh membuat tawaran kepada pewaris salah satu empayar terbesar di dunia. Jawapannya ialah satu bentuk kuasa baru telah muncul, kuasa bank telah mengatasi kuasa kerajaan atau kuasa politik. Kuasa tidak lagi dalam bentuk ketenteraan tetapi dalam bentuk jumlah nombor wang dalam bank. Politik dijadikan alat untuk mengawal masyarakat.Kuasa politik pulak dijadikan alat bank untuk menjalankan projeknya.Sultan Abdul Hamid telah mengungkapkan kata-kata bersejarah yang ditujukan kepada Herzl melalui utusan yang dihantar untuk perundingan tersebut :

"Saya menganjurkan supaya dia (Hezrl) tidak meneruskan perkara ini (usaha mendapatkantanah Palestin). Saya tidak dapat menjualkan walaupun satu kaki persegi daripada tanah inikerana ianya bukan milik saya, tetapi milik rakyat saya. Rakyat saya telah membentuk sertamengekalkan Empayar ini dengan pengorbanan dan darah, dan kami akan mempertahankannya dengan darah kami sebelum menyerahkannya kepada sesiapapun.Biarlah yahudi-yahudi itu menyimpan sahaja wang mereka yang berbilion-bilion itu. Jika sekiranya Empayar ini berpecah, maka mereka boleh mengambil Palestin secara percuma.Tetapi mestilah dilangkah mayat kami dahulu, dan saya tidak akan membenarkan ianya berlaku atas sebab apapun.."Sultan Abdul Hamid digulingkan pada tahun 1908. Pada tahun itu juga , pejabat pertama Zionis di buka di Palestin dibawah firma Rohschilds. Maka berakhirlah empayar Othmaniah walaupun ia masih belum secara rasmi sehingga tahun 1924. Selepas dari rentetan peristiwa itu maka tertubuhlah Repulik Turki yang SEKULAR dan Kamal Ataturk menjadi Presiden Republik Turki yang pertama, Islam dan Kehidupan dipisahkan.

Wednesday, November 24, 2010

Hilangnya Dinar dan Dirham dari Arab Saudi


Hilangnya Dinar dan Dirham dari Arab Saudi
Ramai yang suka bertanya: mengapa Pemerintah Arab Saudi memakai wang riyal kertas, dan bukan Dinar dan Dirham? Ini sebahagian dari jawapannya.
Untuk menjawab pertanyaan mengapa Saudi Arabia memakai wang kertas riyal, dan bukan Dinar emas dan Dirham perak, kita perlu mengetahui kedudukan kerajaan ini. Pada mulanya wilayah Hijaz adalah sebahagian dari Daulah Utsmaniah yang, tentu sahaja, menggunakan Dinar emas dan Dirham perak sebagai mata wangnya. Pada pertengahan abad ke-18, sebuah amirat lokal, dipimpin oleh amirnya, Muhammad ibn Sa'ud (meninggal 1765), menguasai suatu desa yang kering dan miskin, Dariyah. kegiatannya yang selalu membuat onak, dan mengganggu jamaah haji, kelompok Al Sa'ud terus-menerus dalam konflik dengan pemerintahan Utsmaniah. Mereka mendapat bantuan dari Kerajaan British.
Pada tahun 1924, Parlimen Turki melalui Kamal Artarturk telah mengistiharkan bahawa Khilafiah Othmaniah sudah berakhir dan mengistiharkan penubuhan Republik Turki. Undang - undang shariah pada masa yang sama digantikan dengan undang - undang sekular.Empat hari selepas pengistiharan tersebut, Sharif Hussain yang menjadi penjaga haramain wilayah Othmaniah selama ini mengistiharkan dirinya sebagai Khalifah.
Salah satu mata rantai awal pemberontakan ini sendiri, adalah Amir di Najd waktu itu, Abdullah Ibn Sa'ud, berhasil ditangkap dan akhirnya dipancung di depan istana Topkapi, di Istanbul, setelah diadili dan dinyatakan sebagai seorang zindiq, pada 1818.
Pada 13 Oktober dan 5 Disember tahun 1924, Abdul Aziz bin Saud telah menawan Kota Mekah dan Madinah. Jeddah di awal tahun 1925. Pada tahun 1925 juga, di bulan Desember, Ibn Sa`ud menyatakan diri sebagai Raja Hijaz, dan pada awal Januari 1926 ia menjadi Raja Hijaz dan Sultan Najd dan daerah-daerah bawahannya. Untuk pertama kali , empat wilayah penting di Jazirah Arabia, yaitu Najd, Hijaz, `Asir, dan Hasa, kembali berada di tangan kekuasaan suku Saud. Pada tahun 1932, Ibn Saud telah berhasil menyatukan apa yang sekarang dikenal sebagai Kerajaan Saudi Arabia.
Sebuah bank asing ditubuhkan di Jiddah pada tahun1926, tetapi kepentingannya sangat kecil. Bank-bank asing dan tempatan telah terbentuk apabilai pendapatan minyak mula meningkat. Perniagaan mereka mengandungi kebanyakannya membuat memberi pinjaman jangka pendek, membiayai import, dagangan perdagangan, dan syarikat-syarikat yang memenuhi keperluan jemaah-jemaah haji.
Meninggalkan Muamalat
Sejak awal, Pemerintahan Saudi Arabia, merupakan sekutu Barat (bermula dengan British, kemudian Amerika Syarikat), dan menjadi semakin erat dengan penemuan minyak pada tahun 1950-an. Beroperasinya perusahaan minyak raksasa (Aramco = Arabian-American Oil Company) dengan markas besarnya di Dahran, di tempat yang sama dengan Pangkalan Tentera AS (i 1946), di Hijaz, merupakan simbol dan sekaligus sumber kekuasaan Rejim Sa'ud sampai ketika ini. Semakin hari kita semakin kita ketahui Rejim Saud makin meninggalkan muamalat dan mendakap kapitalisme barat.
Raja Abdul Aziz bin Sa'ud, pengasas Saudi Arabia, berkuasa penuh mulai tahun 1926 sampai 1953. Pada mulanya, setelah memasuki Mekkah (8 Jumadil Ula 1343 H), beliau menolak wang kertas di wilayahnya, setelah memusnahkan wang kertas lira Turki sekular yang beredar di Haramain. Pada masa pemerintahannya, jamaah haji dari penjuru dunia menggunakan belbagai jenis koin emas dan perak dari negara masing-masing. Namun koin dinar Hashimi dan riyal perak Austria - Maria Theresa, juga riyal perak Hijaz yang paling popular di sana.
Maka, pada tahun 1950-an, adat kisah Raja Abdul Aziz yang selalu membawa harta kerajaan yang berupa koin emas-perak kemanapun dia pergi bagaikan orang kolot dan primitif. Namun setelah dia wafat, penggantinya, Raja Sa'ud bin Abdul Aziz (1953-1964), bersikap lain. Sejak ia berkuasa, dengan bantuan teknikal Amerika Syarikat pada tahun 1952 Arab Saudi Monetary Agency (SAMA) ditubuhkan dan menerbitkan wang kertas riyal pada tahun 1961 melalui Dekrit Kerajaan 1.7. 1379 H, dalam pecahan 1 - 100 riyal.
Raja tergiur menerbitkan wang kertas kerana lebih menguntungkan daripada mencetak koin-koin riyal perak. Idea wang kertas diambil dari usaha SAMA atas penerbitan wang kertas resit yang berjalan dalam percubaan (trial) pada musim haji sepanjang tahun 1953-1957. Dengan menerbitkan Haj Pilgrim Receipt dalam satuan riyal perak, SAMA mulai menarik semua jenis koin emas dan perak yang beredar di Haramain. Para jamaah haji dari luar negera pun diwajibkan menukarkan koin emas perak yang mereka bawa.
Lihat apa yang ditulis dibawah ... THE SAUDI ARABIAN MONETARY AGENCY HOLDS IN ITS VAULT TEN RIYAL AT THE DISPOSAL OF THE BEARER OF THIS FULLY NEGIOTABLE RECIEPT ....

Setelah populer, kupon haji itu pun kemudian dinyatakan tidak berlaku lagi sejak Oktober 1963 dan akhirya tanggal 20 Mac 1964, diganti dengan wang kertas riyal.


10 Riyal 1968 – Tiada lagi sandaran Perak.
Masalahnya sejak saat itu, ONH atau BPIH (Biaya Perjalanan Ibadah Haji) wajib dibayar dalam wang kertas dolar AS, bukan dengan wang kertas riyal! Sebab Kerajaan Saudi Arabia telah menyepakati pula berlakunya perjanjian Bretton Wood (1944), yang menyatakan bahwa dolar AS adalah satu-satunya mata wang yang laku untuk transaksi internasional. Segala transaksi dengan koin dinar Hashimi dan riyal perak (1 riyal = 4 dirham), termasuk koin real Maria Theresa di batalkan oleh negara. Maka umat Islam sedunia berduka atas hilangnya mata uang syariah dinar dan dirham.

Genaplah sudah makna hadis dengan maksud berikut: "Tak seorang pun manusia yang tidak memakan riba" yang diriwayatkan oleh Abu Daud, semoga Allah merahmatinya. Dinar dan Dirham dihapuskan sampai dua kali, pertama 1914 oleh Sultan-sultan boneka sisa Daulah Utsmaniah(Turki), dan keduanya pada tahun 1964 oleh KSA tersebut di atas. Tapi para ulama belum dapat mengambil kesimpulan dari terbitnya wang kertas riyal ini, tentang status halal-haramnya wang kertas. Sampai, akhirnya, diterbitkan fatwa tentang wang kertas, pada tahun 1984, yang menyatakan bahwa wang kertas adalah halal.

Lahirlah Fatwa : "Berkenaan hukum wang kertas fiat : Ia adalah matawang pada hukumnya disebabkan padanya terdapat sifat nilai harga yang lengkap, dan oleh itu semua hukum hakam yang ada pada emas dan perak adalah jatuh kepada wang kertas fiat seperti hukum berkaitan riba, kewajiban zakat, jual beli secara salam, dan seluruh hukum emas dan perak. (qararat wa tawsiat, Majma Al-Fiqh Al-Islami, hlm 40)
Begitulah, sejarah Islam yang dapat kita ketahui, fatwa Saudi Arabia yang menghalalkan wang kertas, satu-satunya fatwa resmi dari suatu pemerintahan ("Islam") di dunia ini. Tetapi, kisah ringkas sejarah ekonomi politik Saudi Arabia sebagaimana diuraikan di atas, kiranya cukup menjelaskan mengapa Saudi Arabia menggunakan riyal kertas, dan bukan Dinar emas dan Dirham perak.

Sunday, November 21, 2010

Harga Emas Mungkin Naik Kepada AS$2,000



Harga Emas Mungkin Naik Kepada AS$2,000 Dalam Masa Dua Tahun Akan Datang, Kata Habib Jewels

CYBERJAYA, 9 Nov (Bernama) -- Harga emas mungkin naik sehingga AS$2,000 seaun pada masa dua tahun akan datang dengan asas yang kukuh, kata Pengarah Urusan Habib Jewels Datuk Meer Sadik Habib.

"Harga tentunya meningkat walaupun dalam jangka pendek, mungkin ada sedikit pelarasan," katanya pada taklimat media di sini Selasa.

Bagaimanapun Meer Sadik berkata bagi tempoh yang lebih lama, harga mungkin naik, antara lain disebabkan oleh kelemahan dolar Amerika.

"Jangka panjang adalah baik memandangkan AS mencetak wang yang banyak dan ini negatif kepada dolar AS, yang merupakan satu daripada alasan harga emas yang lebih tinggi," katanya.

Pada umumnya, Meer Sadik berkata, memandangkan asasnya kekal, permintaan bagi emas masih lebih tinggi berbanding bekalan, dengan itu memberi tekanan menaik terhadap harga.

"Baru-baru ini, kita juga melihat banyak pelabur meninjau untuk membeli emas dan barang kemas.

"Banyak negara menyimpan emas. Negara besar seperti India dan China menyimpan kira-kira US$2 trilion rizab emas," katanya.

Meer Sadik berkata beliau yakin harga, yang kini berlegar pada US$1,400, mungkin naik kepada US$1,750 pada tahun depan dan kepada US$2,000 dalam masa dua tahun akan datang.


-- BERNAMA

Thursday, November 18, 2010

DINAR-DINAR PALSU

Dinar Jordan


Dinar Sudan




Dinar Iraq
Assalamu'alaikum,

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua...disini saya ingin menjelaskan sedikit tentang dinar-dinar kertas iaitu matawang sesetengah negara yang namanya dinar tapi ianya sama seperti fiat money biasa. Ianya bukanlah dinar emas tetapi wang kertas yang mana nilainya berbeza-beza mengikut keadaan sesuatu negara yg meletakkan nilainya sendiri. Sangat jauh perbezaan dengan dinar emas yang tulin yang nilainya hampir sama walaupun rupanya berbeza. Baik dinar Kelantan, dinar Public Dinar atau dinar UAE sebabnya mudah iaitu ia diperbuat daripada emas ketulinan 916 dengan beratnya 4.25gram satu dinar. Dinar emas sebenar diterima diseluruh dunia mengikut harga emas semasa, tetapi dinar Sudan atau lain-lain dinar kertas tisu tandas tak sama nilai dan kadang-kadang tak laku disesebuah negara. Jadi faham betul betul, dinar yang sunnah sejak zaman rasullullah ialah syiling emas 4.25gram ketulinan 916. Dinar Iraq dan lain2 kertas ialah rekaan Yahudi dan Barat untuk menguasai ekonomi umat Islam. Jadi marilah kita sama sama kembali menggunakan Dinar Emas yang sebenar dalam urusan ekonomi umat Islam.

Wasallam

Wednesday, November 10, 2010

Kelantan Lantik Wakil Pasarkan Dinar Emas ke China

KOTA BHARU, 10 Nov: Kerajaan Kelantan bercadang melantik wakil (wakalah) bagi memasarkan mata wang syariah di China, kata Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Husam Musa.

Beliau berkata, usaha itu dilakukan bagi memperluaskan penggunaan Dinar dan Dirham ke seluruh dunia.

Kata beliau Dinar dan Dirham digunakan secara meluas di Indonesia yang lebih dikenali sebagai logam mulia.

Begitu juga katanya Dinar digunakan di Granada, Sepanyol dan Amerika Syarikat dalam bentuk syiling emas.

”Di Amerika Syarikat gold coin sama berat dengan standard emas 22 karat yang telah digunakan dalam sistem perdagangan antarabangsa.

”Standard yang digunakan itu sama dengan Dinar yang digunakan oleh pemerintah Islam di zaman Khalifah Othamiah,” katanya menjawab soalan Hanifa Ahmad (PAS-Pengkalan Pasir) pada persidangan Dun hari ini.

Beliau juga mencadangkan bayaran deposit pembantu rumah dari Indonesia digunakan menggunakan Dinar berbanding Rupiah yang digunakan sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar berkata, sehingga sekarang lebih 2,000 wanita dilatih dalam pelbagai bidang kemahiran di Pusat Pengembangan Wanita Kelantan (PPWK).

Bidang kemahiran yang diajar termasuk jahitan, sulaman dan masakan.

”Sebelum ini seramai lapan wanita mendalami bidang sulaman di Bukit Tinggi, Indonesia dan sekarang mereka mengajar kemahiran itu kepada wanita di sini,” katanya menjawab soalan Zulkefli Mamat (PAS-Pulai Chondong).

Ayuhhh mari kita perluaskan penggunaan Dinar dan Dirham di negara kita...

Tuesday, November 09, 2010

Richard Russell - US Bankrupt, Gold Rocketing Higher-King World News


Richard Russell - US Bankrupt, Gold Rocketing Higher
November 7, 2010
With gold hitting new all-time highs, in his latest commentary, the Godfather of newsletter writers Richard Russell stated, "By the end of the second quarter of 2011 the Fed will have created $2.5 trillion dollars out of the blue. This is monetization of the debt, pure and simple. Bernanke is creating oceans of fiat money out of thin air as the Fed moves to cover the enormous debts that a profligate Congress has approved of."
Russell continues:
"This disaster has not been lost on the great majority of Americans.
The Fed has been worried about deflation and unemployment. The Fed's idea in buying Treasury bonds ($75 billion every month) is to drive down longer-term interest rates and thus make it more attractive for Americans to take out mortgages. Perhaps lower mortgage rates will induce more Americans to buy houses, and that in turn might even raise home prices.
My mentor, the great Dow Theorist, E. George Schaefer, noted that because of the greater participation of an emotional public, the stock market and the Averages now tend to push past supposed resistance levels, thereby giving false signals. I agree. Right now the market is reacting to events never seen before. The US has never seen a time when $2.5 trillion in dollars have been added to the system in a matter of 21 months. Businessmen have never had to deal with a situation where the government is spending an amount equal to a quarter of its Gross Domestic Product.
...Through it all, the stock market has been soaring and gold is trading at record highs. At the same time, commodities are rocketing higher, putting an early squeeze on consumer's pocketbooks.
During the 1930s and the Great Depression, if you possessed hard-to-find dollars you were a king. You could literally buy anything you wanted.
"Buddy, can you spare a dime?" That was the sad song of the '30s. "A dime?" grumbles today's American, what good's a stinkin' dime?" During the Great Depression a dime was a treasure. With a dime I could go to White Tower (which I did many times) and buy TWO hamburgers. Or I could go down to the Automat on Broadway and 43rd Street, and for two nickels I could buy a cup of hot chocolate and a delicious seeded roll.
...During the Depression the Fed allowed the money supply to shrink dramatically (up to 80%). Bernanke knows all about that, and he's vowed that this time the money supply will not shrink on his watch. Actually Bernanke will see to it that the money supply expands. And a massive expansion of the money supply, he's certain, should end this Great Recession.
...And in retrospect, maybe Russell was right. Maybe they should have allowed the bear market to fully express itself. That couldn't have been any worse than what we're going through now. And at least the US wouldn't have been bankrupt. Oh well."
Source: http://kingworldnews.com/kingworldnews/KWN_DailyWeb/Entries/2010/11/7_Richard_Russell_-_US_Bankrupt,_Gold_Rocketing_Higher.html

Monday, November 01, 2010

US Dolar tisu tandas???? Kata tok wan saya



KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik. Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia,” katanya. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini. Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, dinar emas tidak sesuai untuk digunakan dalam urus niaga runcit seperti mana hasrat Kerajaan Kelantan yang mahu menggunakan dinar emas dalam transaksi jual beli. Mengulas lanjut kata beliau, penyusutan nilai dolar AS pada ketika ini menjadi satu masalah yang cukup besar kepada negara-negara yang menyimpan dan bergantung kepada nilai mata wang itu. “Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah tentu, menyumbang kepada krisis,” katanya. Beliau tetap berpegang bahawa emas mempunyai nilai kukuh dan merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang. “Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” kata Dr. Mahathir. Terdahulu dalam ucaptamanya, negara-negara Islam mesti membangunkan pengurusan sistem kewangan Islam yang berhemat. Ia mesti lebih baik berbanding sistem kewangan konvensional sedia ada, yang mampu menampung kejutan dan tidak dimanipulasi penyangak. Dengan peserta industri mencari jalan untuk mencergaskan kewangan, sistem kewangan global sendiri amat memerlukan pengurusan yang sempurna, katanya. “Saya jangka kewangan Islam akan berkembang, tetapi cabarannya ialah pengurusan berhemat dan sistem yang lebih baik. Jangan ikut sistem konvensional yang berurusan dalam segala bidang,” katanya.Antara gesaan beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS sebagai mata wang lobal untuk perdagangan.