Sunday, November 28, 2010

KEMBALIKAN SUNNAH DALAM KEWANGAN ISLAM




Peristiwa Pemecatan Khalifah Islam Terakhir Sultan Abdul Hamid (1876 - 1909. Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akan dilupakan oleh sejarah. Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) d iParlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turu tbersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, waki lrakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.“Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?”, Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa.Tiada simpati di wajah mereka.“Ummah telah memecat kamu”, Esat Pasha memberitahu. Angkuh benar bunyinya. Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan AbdulHamid.“Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?”, baginda berfikir.“Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?”, Sultan Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.“Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda kemerah-merahanmenahan marah. Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudidi Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu.

Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. SultanAbdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat nyawanya.“Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untukmenghantar berita penggulinganku malam itu”, Sultan Abdul Hamid meluahkan deritahatinya di dalam diari baginda.Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum malam itu.Beberapa Jumaat kebelakangan ini, nama baginda sudah tidak disebut di dalam khutbah.“Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kami”, Esat Pasha menyambung katanya.Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda yang seorang lagi. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu.“Bawa adik-adik kamu ke dalam”, Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul Rahim membawa adik beradiknya ke dalam bilik.“Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil danaku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka”, Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada gunanya untuk keputusan yang dibawa olehrombongan itu dibantah.Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknya yang ramai.Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah jumlah yang besar.

Permintaan Sultan Abdul Hamid II ditolak mentah-mentah oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. Malamitu juga, baginda bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian,dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci di Istanbul Khalifah terakhir rumat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece .Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan sebagai petanda Sultan Mehmed V Resad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam ituSultan Mehmed V Resad menjadi Khalifah ke 99 umat Islam semenjak Abu Bakr al-Siddiqr.a. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tiada kuasa. Hanya boneka umpan menahanpemberontakan masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah.“Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa begitu tenang dan aman.Seperti sebuah gunung besar yang selama ini menghempap dadaku, diangkat penuhkelegaan” kata Sultan Abdul Hamid di dalam diarinya.Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan.Anak-anaknya yang lain turut menangis sama. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju keSalonika di Greece penuh misteri.“Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematianitu kesudahan untuk semua”, kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum keraba tbaginda.Kereta api meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang.

Berakhirnya Kegemilangan 600 tahun

Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Osman, berakhir malam itu. Palitan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali.Dalam suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas kerusi kereta api sambil dipicit oleh anaknya Fatimah.“Sabarlah anakku, Ummah tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umatMuhammad ini”, baginda mengusap wajahnya dengan linangan air mata.Lama benar baginda dan ahli keluarganya dikurung di istana Yahudi yang buruk itu. Merekadikurung di dalam bilik tanpa perabot. Pintu dan tingkap istana, dilarang daripada dibuka.Hari demi hari, adalah kematian sebelum mati bagi baginda sekeluarga. Akhirnya pada tahun1912, Sultan Abdul Hamid dibawa pulang ke Istanbul, dan anak-anaknya bercerai berai,dibuang ke Perancis sebagai pengemis dan pelarian yang merempat di jalanan.

Sultan Abdul Hamid dikurung di Istana Beylerbeyi selama 6 tahun.“Maafkan patik, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal”, doktoryang merawat Sultan Abdul Hamid berbisik ke telinga baginda.Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asthma baginda semakin serius. Doktorsudah tidak dapat berbuat apa-apa.Renungan Sultan Abdul Hamid menghancurkan hati doktor tersebut. Bagaimana seorangkhalifah umat ini harus menemui ajalnya di tangan beliau.“Ampunkan aku ya Allah. Tiada upaya bagi hamba-Mu yang lemah ini”, seorang doktorsudah hilang upaya.Baginda Sultan Abdul Hamid II telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalamkurungan di Istana Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi oleh seluruhpenduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkanKhilafah Othmaniyyah dilumpuhkan selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid, 10 tahunyang lalu. Menangislah… tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu.Nukilan dari muzakirat/diari Sultan Abdul Hamid Kejatuhan Empayar Othmaniah sebenarnya bermula sejak dari pemerintahan Sultan MahmudII (1808 -1839) lagi.

Punca Kejatuhan Turki Uthmaniyyah

Kita boleh melihat puncanya dari dua sudut

Pertama : Pemodenan mengikut arus barat.
Kedua : Meninggalkan amalan Islam.

Ada agenda tersembunyi yang perlu kita fahami. Sepanjang kurun ke 19 berlaku proses perindustrian dan elektonik di Eropah, ianya bukan satu proses semula jadi bahkan satu perancangan pihak tertentu untuk mengaut keuntungan. Apa yang terjadi ? Kemajuan teknologii membawa saudara kembarnya yang menjadi protokol atau prosedur bersama-samanya iaitu bon – bon, sekuriti, wang kertas dan lain – lain instrument kewangan.Bermula dari projek pembinaan keretapi yang memerlukan modal yang besar (Istanbul ke Makkah) , cara pembayaran Islam tidak boleh dipakai. Mereka menumpu di Turki sebagai pusat pemerintahan dan Mesir sebagai pusat intelektual Islam. Cara perniagaan atau muamalat islam mesti diketepikan, maknanya keputusan para Ulamak dalam hal – hal perniagaan tidak diperlukan lagi.Selama ini umat Islam menguasai bidang perniagaan dan perdagagan sementara masyarakat Yahudi dan Kristian membayar jizyah bagi keselamatan mereka dan membenarkan mereka tidak ikut serta dalam kewajipan ketenteraan. Malangnya selepas tugasan penyusunan semulamasyarakat diserahkan kepada Bankers Yahudi atas nama untuk memodenkan KhilafahOthmaniah , pekara yang sebaliknya berlaku orang Yahudi dan Kristian menjadi TUAN/Masters kaya raya sedangkan rakyat Khilafah pulak menjadi miskin.

Sultan Mahmud II membentuk tentera diraja bermodelkan tentera British. Tentera jihad di ganti dengan tentera makan gaji. Sistem demokrasi diperkenalkan, jawatan wazir besardiganti dengan Perdana Menteri. Cukai dinaikkan.Tanzimat (reformasi) diperkenalkan pada tahun 1839 oleh Sultan Abdul Mecit .Sistem kerajaan tempatan digantikan dengan model Perancis. Ini menyebabkabkan sistem perniagaan Bazaar, khidmat masyarakat melalui waqaf yang dipanggil imaret dan millet (majlis perlindungan bagi golongan minoriti ) tidak lagi berfungsi . Pendidikan dua aliran diperkenalkan , tradisional dan sekular yang bertulang belakangkan stok, bon dan lain – laininstitusi kewangan moden. Ini berlaku secara tidak sedar atas nama memodenkan empayar.Undang – undang Islam keatas status ahlu Zhimmah dihapuskan. Reformasi Tanzimat memfokuskan kepada pemusatan pentadbiran ( administrative centralization) menggantikan sistem autonomi amiriah tempatan. Tiga wazir yang menjayakan tanzimat ialah Rechid, Alidan Fuad Pasha. Mereka bersahabat baik dengan banker Yahudi bernama Camondo. Merekamenghabiskan banyak masa mereka di Paris mempelajari teknik permodenan barat. Nasihatdari financial planner Yahudi diperlukan bagi memodenkan empayar.Kebanyakan orang Yahudi di Istanbul tinggal di Galata. Isaac Camondo menubuhkan BankCamondo pada tahun 1802. Saudaranya Abraham-Salomon Camondo menggantikannya padatahun 1832. Kerana sumbangannya yang besar kepada tanzimat beliau dianugerahkan Nishan-I Iftihar dan menjadi Komander Mejidiye pada tahun 1849.
Pada tahun 1842 wang kertas KAIMA diperkenalkan menggantikan dinar dan dirham , in imembawa kepada penguasan banker YAHUDI keatas kedaulatan khilafah. Secara tidak sedar, banker-banker ini dijemput untuk mencipta system kewangan moden dengan system riba mereka melalui bon, kredit, saham dan pengeluaran wang kertas yang dikuasai banker Yahudi. Reformasi kewangan memberi mereka peluang untuk membuka bank – bank baru. Pada tahun 1845 Kerajaan Othmaniah bersama Mm. Alleon dan Theodore Baltazzi menubuhkan Bank of Constantinople bagi tujuan memberi pinjaman kepada kerajaan. Perang Krimea memberi peluang kepada banker Yahudi berkembang dalam Empayar Othmaniah.Kerajaan memerlukan dana untuk peperangan. Bank memberi pinjaman dengan interest.Ottoman Bank ditubuhkan pada tahun 1856, ia menjadi satu langkah kepada penubuhan bank pusat dengan dana dari luar dengan jumlah 500,000 pound sterling. Transformasi modal persendirian kepada Bank Pusat akan membawa kepada system kuasa berada ditangan pemiliknya banker – banker Yahudi Antarabangsa.Keluarga Rothschilds yang terlibat dalam penubuhan Federal Reserve USA juga turut terlibat atas nama pelaburan melalui Alphonse de Rothchilds dan bapanya James Rothschilds membuka cawangan French Rothchilds Bank di Istanbul.Kerja – kerja untuk penubuhan bank pusat akhirnya berjaya dengan tertubuhnya La Bank Imperiale Ottomane pada tahun 1863 dengan bantuan Yahudi bernama Emil dan Isaac Pereire. Ini model yang menjadi supe rbank seterusnya dari Bank pusat kepada Bank Dunia dan International Monetary Fund. Bank ini menjadi bankers bank, dengan deposit danpengumpul dan pengedaran kredit. Ia akan menentukan kadar antara Bank, memberi pinjaman, jual dan beli, membincangkan pembelian komoditi, memberi dana dan melibatkandiri dalam projek pelaburan dan mengeluarkan dan mencetak wang baru.Bank Camondo hanyalah bank biasa, Ottoman bank ialah bank dengan dana tempatanseterusnya bank baru Imperial Ottoman bank menjadi Bank Pusat dengan dana antarabangsa.Satu system penguasaan kewangan telah diletakkan batu asasnya. Bank ini akan menyerap masuk dalam setiap aktiviti masyarakat bermula dari kedai runcit. Tidak ada aktiviti masyarakat yang dapat lepas dari Bank. Dari aktiviti jual beli, simpanan seterusnya danakewangan dan pelaburan , semuanya melibatkan bank. Mereka menjadi Tuan kepada dunia. Masters of the Worlds.

Pada tahun 1858 bankers Yahudi telah meletakkan syarat pinjaman dengan jaminan tranformasi sosial kepada Kerajaan Othmaniah. Ini menunjukkan sistem ekonomi hutang berkait rapat dengan kejuruteraan sosial. Pada waktu itu jizyah sudah berkubur. Bank Yahudi bertapak, sistem politik Nasrani Kristian menjadi penggerak empayar Othmaniah! Hakmenandatangani kerajaan tergadai kepada peminjam wang. Tahun itu juga , undang - undangtanah baru menafikan hak Sultan. Seterusnya tahun 1867 , orang asing dibenarkan membeli tanah.Projek keretapi menghubungkan Istanbul ke Vienna , Austria dikatakan akan menghubungkan dunia Islam dan Eropah. Oleh kerana projek ini begitu besar, begitu jugalahperanan penipuan besar oleh bank - bank Yahud di London, Paris dan Brussel dalam membiayai projek ini dengan bon - bon kerajaan Othmaniah. Pada tahun 1873 , berlaku 'crash 1873 ' yang membawa kepada kejatuhan nilai bon - bon tersebut. Projek ini bukan sahaja pembanggunan fizikal dalam bentuk konkrit bangunan semata - mata. Bahkan suatu gerakan yang mengatasi ruang lingkup sempadan nasional dan bangsa tetapi didalang idengan angka - angka pada dokumen kewangan yan dipanggil saham dan bon.

Pada tahun 1875 Kerajaan Othmaniah diistiharkan muflis kerana tidak mampu membayar hutang. Suruhanjaya Asing dilantik mewakil pemegang saham asing. Kerajaan terpaksa mengenakan cukai terhadap rakyat. Serbia memberotak. Bosnia diserahkan kepada Austria dibawah bendera Othmani. Jalan keretapi tidak siap tetapi separuh dari perniagaan laut telah jatuh ke tangan British.Kesan mengurangkan perjalanan dari Vienna ke Istanbul dari seminggu ke 40 jam ialah kejatuhan Khilafah Othmaniah. Sultan Abdul Hamid menjadi Khalifah pada tahun 1876. Beliau mahu kembali kepada pemerintahan asal Othmaniah sebelum tanzimat. Beliau menolak sistem hiraki barat dan mahukan sistem Topkapi (nama sebuah istana lama di Istanbul ) dan imaret diperintah oleh keluarga diraja Othmaniah semula. Beliau tidak percaya kepada pegawai - pegawai yang berkhidmat sebelumnya. Secara beransur -ansur beliau mengurangkan peranan mereka dalam kerajaan. Beliau berjaya mengurangkan hutang kerajaan.

Pada tahun 1896, perwakilan Zionis telah menemui beliau. Sebagai tawaran untuk mendapatkan Palestin mereka memberi tawaran untuk memperbaiki keadaan krisis kewangan yang dihadapi oleh kerajaan Othmaniah. Bagaimana seorang yang tidak mempuyai tanah airnya sendiri boleh membuat tawaran kepada pewaris salah satu empayar terbesar di dunia. Jawapannya ialah satu bentuk kuasa baru telah muncul, kuasa bank telah mengatasi kuasa kerajaan atau kuasa politik. Kuasa tidak lagi dalam bentuk ketenteraan tetapi dalam bentuk jumlah nombor wang dalam bank. Politik dijadikan alat untuk mengawal masyarakat.Kuasa politik pulak dijadikan alat bank untuk menjalankan projeknya.Sultan Abdul Hamid telah mengungkapkan kata-kata bersejarah yang ditujukan kepada Herzl melalui utusan yang dihantar untuk perundingan tersebut :

"Saya menganjurkan supaya dia (Hezrl) tidak meneruskan perkara ini (usaha mendapatkantanah Palestin). Saya tidak dapat menjualkan walaupun satu kaki persegi daripada tanah inikerana ianya bukan milik saya, tetapi milik rakyat saya. Rakyat saya telah membentuk sertamengekalkan Empayar ini dengan pengorbanan dan darah, dan kami akan mempertahankannya dengan darah kami sebelum menyerahkannya kepada sesiapapun.Biarlah yahudi-yahudi itu menyimpan sahaja wang mereka yang berbilion-bilion itu. Jika sekiranya Empayar ini berpecah, maka mereka boleh mengambil Palestin secara percuma.Tetapi mestilah dilangkah mayat kami dahulu, dan saya tidak akan membenarkan ianya berlaku atas sebab apapun.."Sultan Abdul Hamid digulingkan pada tahun 1908. Pada tahun itu juga , pejabat pertama Zionis di buka di Palestin dibawah firma Rohschilds. Maka berakhirlah empayar Othmaniah walaupun ia masih belum secara rasmi sehingga tahun 1924. Selepas dari rentetan peristiwa itu maka tertubuhlah Repulik Turki yang SEKULAR dan Kamal Ataturk menjadi Presiden Republik Turki yang pertama, Islam dan Kehidupan dipisahkan.

No comments:

Post a Comment