Thursday, January 27, 2011
JEPUN GUNA MESIN UNTUK BELI SYILING & JONGKONG EMAS
Harga emas di pasaran dunia jatuh kepada terendah dalam tempoh tiga bulan. Tertinggi naik pada bulan november tahun lepas iaitu 1431 seaun dan kemudian jatuh kembali pada hari ini rekod terendah 1307 seaun beza 124 dollar bersamaan 8.9 percent. Faktor-faktor yang diberitakan di Kitco disebabkan aktiviti jualan dan pengukuhan dolar Amerika, bukan itu sahaja yang tersurat. Mungkin yang tersiratnya kapitalis kapitalis elit antarabangsa telah nampak emas telah diberi perhatian oleh masyarakat dunia Islam untuk membakulsampahkan fiat money terutama dollar Amerika digantikan dengan one ummah currency i.e Gold Dinar,and Silver Dirham maka mungkin sandiwara mereka cuba menunjukkan yang emas adalah tidak selamat untuk digunakan sebagai currency. Bagi pembeli2 emas dinasihatkan jangan rasa panik bahkan terus mengambil peluang dengan menambah stok ketika harga rendah. Tetapi matlamat kita untuk pejuang2 sistem kewangan Islam Gold Dinar terus berjuang untuk mengembalikannya walaupun mereka cuba menyekat ibarat peluru yang keluar lurus dari muncung laras senapang Sesiapa yang halang akan tetap rempuhnya.Kalau yang halang itu objek lembut akan tembus dan kalau yang halang itu objek yang keras akan pecah namun melencong sekali-kali tidak.
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
Wednesday, January 26, 2011
Saturday, January 22, 2011
Friday, January 14, 2011
Wang Kertas Penyimpan Nilai Yang Kurang Baik
Hyperinflasi
Menyimpan wang kertas sebagai simpanan adalah kurang baik disebabkan nilainya menurun dalam jangkamasa panjang, paling malang apabila negara dilanda krisis ekonomi seperti yang pernah berlaku pada kita tahun 1997/98. Nilai ringgit menyusut teruk mengakibatkan ramai yang bawa lari keluar duit utk diselamatkan nilai dgn tukar kpd wang dollar. Tetapi emas terus menambah nilai kepada penyimpannya walaupun dilanda krisis ekonomi. Ia menjadi pelindung kewangan yang selamat setiap masa.
Ambil pelajaran daripada kegagalan wang kertas di Jerman tahun 1920an, di Tanah Melayu zaman Jepun dan zimbabwe 2 tahun lepas. Tukar method simpanan kepada dinar emas, dan perak atau dirham.
Monday, January 10, 2011
DAJJAL
Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tiada seorang Nabi pun yang diutuskan melainkan dia memberi peringatan (yang menakutkan) kepada umatnya tentang penipu yang buta sebelah matanya. Ketahuilah bahawa Dajal itu buta sebelah matanya dan Tuhan kamu tidak buta sebelah matanya dan ditulis di antara dua matanya (Dajal) Kaf Fa dan Ra (Kafir).
Hadis Al-Mughirah bin Syu'bah r.a katanya:
Tiada seorang pun yang bertanya kepada Nabi s.a.w tentang Dajal lebih banyak daripada apa yang aku tanya. Rasulullah s.a.w bersabda: Apakah yang menyusahkan kamu. Dia tidak boleh memberi sebarang kemudaratan kepada kamu. Aku berkata: Wahai Rasulullah! Mereka berkata, dia (Dajal) mempunyai makanan dan sungai. Nabi bersabda lagi: Dia merupakan makhluk yang paling hina kerana boleh menipu para mukmin dengan nikmat yang diberikan oleh Allah kepadanya.
Berhati hatilah wahai sahabat2 sekalian. Slogan2 satu telah dikumandangkan menandakan telah hampir saat mata satu muncul antaranya
ONE RING TO RULE THEM ALL
ONE WORLD GOVERNMENT
ONE WORLD RELEGION
ONE WORLD CURRENCY
ONE NATION
ONE ISRAEL
ONE INDONESIA
ONE ??????????? APCO
ONE EYE GOVERNMENT
SEGERA BERTINDAK MENYEDARKAN UMAT MANUSIA, MEMPERSAUDARAKAN UMAT ISLAM, MENYURUH BERBUAT KEBAIKAN MENCEGAH KEMUNGKARAN. KITA AKAN MENJADI KUAT BERSATU UTK MENENTANG ONE EYE GOVERNMENT. INSYAALLAH ALLAH BERSAMA ORANG-ORANG YANG SABAR
Thursday, January 06, 2011
HARGA EMAS CECAH UST1500 TAHUN 2011
Harga emas cecah RM4,650 seaun
Oleh SARAH NADLIN ROHIM
sarah.rohim@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 6 Jan. - Harga emas dunia bakal mencecah paras AS$1,500 (RM4,650) satu auns pada tahun ini, kata Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Poh Kong Holdings Bhd. (Poh Kong), Datuk Eddie Choon.
Katanya, peningkatan itu dijangka berlaku memandangkan trend semasa dan permintaan berterusan di pasaran.
''Pada tahun lalu, harga emas bagi satu auns adalah sekitar AS$1,400 (RM4,340) dan ia terus meningkat.
''Walaupun pada awal tahun ini, harganya mengalami sedikit penurunan, tetapi kami yakin ia bakal mencecah AS$1,500 satu auns,'' katanya.
Beliau berkata demikian selepas di minta mengulas mengenai harga pasaran semasa emas pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan Poh Kong di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Perhubungan Korporat, Pentadbiran & Sumber Manusia, Margaret Hon dan Akauntan, Hoh Sze Haw.
Tahun lalu, harga komoditi mengalami lonjakan positif apabila ditutup pada paras yang tinggi terutama bagi emas hingga ke minyak mentah.
Harga emas ditutup pada paras AS$1,421.40 (RM4406.34) satu auns pada hari terakhir 2010, naik kira-kira 31 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Para penganalisis menjangkakan trend peningkatan harga akan berterusan pada tahun ini kerana emas merupakan komoditi paling cemerlang dari aspek peningkatan harga pada tahun lalu.
Secara tradisinya ia dilihat sebagai pelaburan perlindungan nilai dan sering digunakan sebagai mekanisme lindung nilai terhadap deflasi.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan perniagaan, Choon berkata, pada tahun ini Poh Kong akan menambah tiga lagi cawangan dengan pelaburan sebanyak RM9 juta.
''Tiga cawangan tersebut terletak di Semenanjung Malaysia dengan yang pertama adalah di Nilai, Negeri Sembilan dijangka dibuka pada suku pertama tahun ini.
''Dua lagi cawangan masih belum dikenal pasti. Pelaburan bagi setiap cawangan adalah sebanyak RM3 juta,'' jelasnya.
Penambahan tiga cawangan itu akan menyaksikan Poh Kong memiliki 100 buah cawangan di seluruh negara.
Tambah beliau, setakat ini fokus perkembangan perniagaan adalah tertumpu di Semenanjung Malaysia.
''Dalam masa terdekat ini, kami masih belum merancang untuk menambah cawangan di Malaysia Timur dan di luar negara.
''Tetapi kami sentiasa meninjau sebarang peluang. Sekiranya ia bertepatan dengan kehendak perniagaan Poh Kong, kami akan pertimbangkan pada masa hadapan,'' katanya.
Poh kong menguasai 15 peratus pasaran barangan kemas emas dan tahun ini merupakan ulang tahun syarikat itu yang ke 35 tahun.
Pelbagai promosi dijalankan bagi menyambut ulang tahun itu sehingga 31 Ogos ini
Sumber Utusan Malaysia.
Jangan lepas peluang hubungi saya segera...inflasi akan lebih hebat tahun ini...lindungi nilai wang anda dengan menukarkannya kepada Dinar. Dirhan atau Jongkong Emas

Monday, January 03, 2011
Duit kertas 100 trilion
700 juta dolar Zimbabwe hanya boleh membeli sebuku roti.
HARARE - Wang kertas lama Zimbabwe dengan nilai m:uka 100 trilion menjadi rebutan pelancong di negara itu untuk dijadikan sebagai cenderamata ekonomi.
Wang 100 trilion dolar Zimbabwe - dengan 12 angka kosong - adalah nilai tertinggi yang dikeluarkan bank negara itu dan kini dijual pada harga AS$5 (RM15) sekeping.
Wang itu, beserta wang kertas lain dengan nilai sehingga jutaan, bilion dan trilion tidak digunapakai lagi sejak dua tahun lalu apabila matawang Amerika Syarikat mula digunakan di negara itu bagi memadamkan rekod inflasi Zimbabwe yang terlampau tinggi.
Semasa kemuncak kegawatan ekonomi di negara Afrika itu pada 2008, di mana inflasi meningkat sehingga bilion peratus dan harga barang naik pada setiap jam, 100 trilion hanya mampu membeli beberapa barangan runcit.
Pelajar sekolah di Zimbabwe juga tidak dapat memahami penggunaan sebenar nombor dan angka akibat penggunaan wang kertas bernilai jutaan dan bilion dolar di negara itu.
Dalam satu lawatan sambil belajar, murid-murid tidak kagum apabila diberitahu batu granit di negara itu berusia 700 juta tahun kerana pada masa itu, 700 juta dolar Zimbabwe hanya boleh membeli sebuku roti.
Saturday, January 01, 2011
Isu Zaharuddin : Wang kertas dan back door riba Perbankan Islam.
Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Zaharuddin dalam ceramahnya dan dari rancangan Tanyalah Ustaz TV9. Saya ingin mengulas beberapa isu yang dibangkitkan beliau.
Pada asasnya pendekatan yang diambil oleh beliau ialah mengislamisasikan sistem riba kapitalis , yang mana beliau ungkapkan “ to modify” sistem sekarang supaya sesuai dengan Islam. Inilah pendekatan yang diambil ulamak moden dari OIC Fiqh council. Saya tambah “ In order to modify the system we have to modify the shariat Islam.. also. Nauzubillahi min zalik.
Isu wang kertas fiat
Zaharuddin memetik kata – kata ulamak seperti Imam Malik, Syafie dan Imam – imam yang lain untuk menghalalkan wang kertas fiat. Perlu difahami apabila ulamak – ulamak terdahulu , apabila menyebut tentang mata wang (currency), mereka merujuk pada naqdain ( emas dan perak) dan fulus (mata wang selain dari emas dan perak selalunya tembaga). Ada yang mengatakan seperti Imam Shafie, mengatakan wang mesti emas dan perak sahaja , sementara Imam Malik pulak mengatakan komoditi apa pun boleh dijadikan matawang asalkan tertakluk pada hukum barang ribawi seperti emas, perak dan makanan.
Apabila mereka membicarakan tentang fulus, mereka tidak meninggalkan(abandoned) dinar dan dirham, sebagai mata wang asas. Mereka meletakkan wang selain daripada emas dan perak yakni fulus untuk transaksi kecil dan remeh temeh sahaja. Apabila Imam Malik mengulas cadangan Saidina Umar menjadikan kulit unta sebagai wang, beliau tidak bermaksud untuk meninggalkan terus dinar dan dirham dan menggantikannya dengan wang kulit unta. Wang kulit unta hanya boleh berfungsi sebagai fulus bukan bermaksud menggantikannya terus dengan fulus sepenuhnya. Maksudnya tinggal wang unta sahaja tetapi tak ada emas dan perak.
Fulus adalah halal. Tetapi menghilangkan dinar dan dirham dari edaran adalah bukan maksud ulamak terdahulu. Naqdain (emas dan perak) mempunyai keperluan fiqh tersendiri. Ulamak – ulamak terdahulu mengatakan zakat mal dalam bentuk matawang hanya dikenakan pada dinar dan dirham tetapi tidak pada fulus. Walaupun kamu memiliki fulus yang banyak, tetapi zakat tidak dikenakan. Dalam bab modal dalam qirad atau mudharabah , begitu juga dalam jualbeli salam dan riba semuanya berkaitan emas dan perak.
Jadi untuk mengatakan substance atau nilai zatiyah pada dinar dan dirham tidak penting adalah salah. Zaharuddin mengatakan emas, perak atau wang kertas tak penting, yang pentingnya penggunaannya. Sedar atau tidak kamu telah menyapu dinar dan dirham dibawah carpet dengan statement ini. Dinar adalah emas, dan dirham adalah perak, kedua duanya boleh ditimbang ukurannya. Bolehkah kamu ukur wang kertas RM 1, US dollar dan sebagainya. Apa benchmark pada nilai wang kertas fiat ? Wang kertas boleh dijadikan wang dengan syarat, nilainya sama dengan kualiti kertas tersebut, fulus yang dipersetujui ulamak dahulu ialah nilainya lebih rendah dari dirham terendah. Jika dirham terendah, ialah 1 dirham, fulus lebih rendah dari 1 dirham. Tetapi wang kertas sekarang telah menggantikan kesemuanya samada dinar, dirham dan fulus itu sendiri kerana memberi nilai palsu pada kertas , kertas USD 100 yang sepatutnya bernilai 10 sen duit syiling diberi nilai USD 100. Ini bukan riba al fadl atau riba an nasiah, tetapi menipu. Muamalat Islam mesti bebas dari unsur riba, judi, tipu daya dan gharar.
Imam Al Ghazali didalam kitab Ihya’ulumuddin membahaskan dalam Kitab Syukur tentang hikmah penciptaan dinar dan dirham oleh Allah swt. Untuk apa Allah swt cipta dinar dan dirham. Ini menunjukkan pada substance atau zat yang ada pada dinar dan dirham yakni emas dan perak. Antara yang disebut oleh Imam Ghazali ialah fungsi dinar dan dirham sebagai medium of exchange dan pengukur nilai. Kertas boleh berfungsi sebagai medium of exchange tetapi sangat tidak sesuai untuk dijadikan pengukur nilai. Menukar minyak petrol, getah, kelapa sawit dan harta sebenar dengan kertas berukuran 5 x 7cm dengan wajah Presiden Amerika Syarikat pada kertas tersebut adalah jual beli yang sangat buruk. Wang kertas hanya layak membeli gula gula seposen , atau dua puluh sen sahaja , barang kecil kecil sahaja. Nak beli barang seperti minyak, getah, kelapa sawit maka bayarlah dengan emas.
Ulamak moden terpaksa menukar hukum syariat untuk menghalalkan wang kertas fiat. Mereka terpaksa meletakkan kertas mereka setanding dari segi hukum emas dan perak. Ulamak dahulu hanya meletakkan emas , perak dan makanan yang ada tempoh simpanan sahaja sebagai barang ribawi. Hukum asal tergadai, setelah wang kertas fiat dijadikan matawang halal menggantikan dinar dan dirham. Sebab itu, mereka tidak kisah dengan wang kertas dinar Iraq, dinar Jordan, dirham Morrocco dan sebagainya , nama sahaja dinar dan dirham tetapi substancenya wang kertas fiat. Masalah reserve requirement atau fractional reserve banking tidak pernah, fatwa dikeluarkan oleh majlis fiqh OIC yang dikuasai ulamak moden akan halal haramnya. Kalau darurat bagi tahu darurat tak perlu labelkan Islam dalam darurat. Kalau diberitahu bahawa wang kertas sekarang adalah darurat, dan kita sedang menuju dan berusaha untuk menghidupkan kembali dinar dan dirham dan menghapuskan frcational reserve banking, dan kertas akan dijadikan fulus semata . Saya pun setuju malah menyokong lagi. Inilah yang diusahakan komuniti Syaikh Abdul Qadir As Sufi di South Afica.
Penjelasan oleh: ust Rafidi Hashim

Subscribe to:
Posts (Atom)