Thursday, January 27, 2011

JEPUN GUNA MESIN UNTUK BELI SYILING & JONGKONG EMAS



Harga emas di pasaran dunia jatuh kepada terendah dalam tempoh tiga bulan. Tertinggi naik pada bulan november tahun lepas iaitu 1431 seaun dan kemudian jatuh kembali pada hari ini rekod terendah 1307 seaun beza 124 dollar bersamaan 8.9 percent. Faktor-faktor yang diberitakan di Kitco disebabkan aktiviti jualan dan pengukuhan dolar Amerika, bukan itu sahaja yang tersurat. Mungkin yang tersiratnya kapitalis kapitalis elit antarabangsa telah nampak emas telah diberi perhatian oleh masyarakat dunia Islam untuk membakulsampahkan fiat money terutama dollar Amerika digantikan dengan one ummah currency i.e Gold Dinar,and Silver Dirham maka mungkin sandiwara mereka cuba menunjukkan yang emas adalah tidak selamat untuk digunakan sebagai currency. Bagi pembeli2 emas dinasihatkan jangan rasa panik bahkan terus mengambil peluang dengan menambah stok ketika harga rendah. Tetapi matlamat kita untuk pejuang2 sistem kewangan Islam Gold Dinar terus berjuang untuk mengembalikannya walaupun mereka cuba menyekat ibarat peluru yang keluar lurus dari muncung laras senapang Sesiapa yang halang akan tetap rempuhnya.Kalau yang halang itu objek lembut akan tembus dan kalau yang halang itu objek yang keras akan pecah namun melencong sekali-kali tidak.

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

No comments:

Post a Comment