Tuesday, May 03, 2011

Obama Kicks Door Open [Original Video, Comparison]



وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَداً وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ أَزْوَاجَهُمْ وَلَمْ يَكُن لَّهُمْ شُهَدَاء إِلَّا أَنفُسُهُمْ فَشَهَادَةُ أَحَدِهِمْ أَرْبَعُ شَهَادَاتٍ بِاللَّهِ إِنَّهُ لَمِنَ الصَّادِقِينَ
Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar; -


Surah An Nuur...ayat 4 dan 6,

Pada zaman rasulullah s.a.w berlaku satu insiden dimana Sadatina A'isyah tertinggal dari rombongan lalu nasib baik ada sahabat yang ditugaskan memastikan semua rombongan tidak tertinggal, lalu jumpa Siti A'isyah dan membawa balik dengan membawa nya pulang ke Madinah. Ini ialah peluang keemasan bagi musuh2 nabi s.a.w dan musuh islam melemparkan fitnah menuduh Sadatina A'isyah ada skandal dengan sahabat tersebut. Puak2 ini memang ada agenda tersendiri. Dengan tersebarnya fitnah ini selama lebih 40 hari menyebabkan nabi, Abi Bakr dan sahabat menjadi derita sehingga sebahagian drp sahabat ada yang dah termakan dengan fitnah yang disebarkan oleh puak2 munafiqin.

Kesimpulan:
Zaman nabi dahulu tidah ada video dan alat2 komunikasi canggih mcm  teknologi zaman sekarang yang boleh dibawa sebagai bukti sokongan, mereka hanya lihat sahaja Siti A'isyah dan sahabat pulang Madinah berdua itupun sebahagian org dah percaya fitnah yang dilemparkan. Inikan pula dengan aksi video dan rupa seiras-iras seseorang yang dituduh. Akibatnya ramailah yang akan percaya, hairan, pelik, ragu-ragu keliru dan sengsara atas kejadian ini.

Allah maha mengetahui setiap kejadian, dan lebih mengetahui melampaui zaman dahulu hingga akan datang. Dialah yang memberi ilmu kepada manusia, jadi diturunkan jawapan dalam surah An Nuur ini sebagai panduan untuk manusia beriman membuat ketetapan:

Manusia lemah dalam menilai sesuatu, sebab itu dalam kes hukuman berat seperti zina, hendaklah dibawa 4 orang saksi yang menyaksikannya kejadian itu dengan mata dan ada di situ. Kalau tidak jangan tuduh kalau tak cukup saksi, atau berhadapan dengan Qazaf. Walaupun benar berlaku.

Otak penipu manusia jahat ini memang advance. Allah maha mengetahui makhluk2nya yang lebih jahat lagi
dari itu, apa sahaja sanggup lakukan walau kekufuran demi mencapai maksud nafsunya. Sebab itu setakat video, bersumpah, pengkuan demi pengakuan penuduh tak boleh pakai.

Teknologi yang ada sekarang tidak boleh jadi bukti sebab manusia boleh manipulasi seperti video diatas. Bahkan lebih drp itu boleh diedit dan direka.

Ayat 6: berkaitan bersumpah tetapi kes suami isteri yang menuduh isteri berzina tanpa saksi (lian) Maka Allah suruh sumpah laknat kedua2nya. maka Allah mengetahui siapa salah seorang yang pendusta. Maka mereka kena bercerai. Kalau kes tuduh orang lain lepas tu sumpah akan bertambah kusut keadaan sebab negara akan jadi negara SUMPAH SUMPAH.

Ini adalah pandangan peribadi penulis, tak kena mengena dgn yang hidup atau yang mati..tepuk dada tanya iman. Nak ikut Islam ka atau nafsu. Kalau benarpun si pelaku tak terlepas hukuman sekiranya tak bertaubat. Antara dia dengan Allah. Mungkin ada saluran lain yg lebih sesuai cara sembunyi disampaikan kepada org yang lebih adil tanpa disebarkan membuka aib sehingga huru hara masyarakat dan menimbulkan fitnah besar kpd generasi muda.

KITA DIZAMAN FITNAH AKHIR ZAMAN, UJIAN DAHSYAT KEPADA IMAN SEDANG MELANDA UMAT. AKAN BELAKU LAGI PERISTIWA-PERISTIWA BESAR. JANGAN TERTIPU DENGAN APA YANG DIHIDANGKAN KEPADA KITA. PENIPUAN LEBIH BESAR HAMPIR TIBA. BERHATI-HATILAH



Pesanan untuk saya, dan semua perbanyakkanlah amal akhirat.

wasalam...


No comments:

Post a Comment