Friday, March 09, 2012

MARI MENYIMPAN EMAS BERSAMA SAYA

Apa khabar pelabur-pelabur emas semua. Semenjak dua menjak ini harga emas kelihatan volatile, tetapi  dari segi kenaikan jangka panjang emas adalah lebih menguntungkan daripada lain-lain simpanan pelaburan dan simpanan tetap. Kepada sesiapa yang telah membeli dan menyimpan lebih setahun ada dua tahun sememangnya  tidak gusar dengan keadaan harga semasa yang kejap naik dan kejap turun. Ini kerana kenaikan emas sejak 10hb Mac 2010 hingga hari ini telah mencecah 52% dalam tempoh 2 tahun. Ini sangat menguntungkan sekiranya seseorang itu membeli dengan harga lima puluh ribu tetapi sekarang beliau telah mempunyai tujuh puluh lima ribu yang boleh dicairkan pada bila-bila masa.

Apa?? ada lagi skim pelaburan emas yang lebih menguntungkan? ya memang ada ! pulangan yang dijanjikanpun lebih tinggi sehingga 10% sebulan dan 120% setahun. Tetapi setinggi pulangan yang dijanjikan, tinggi jugalah risikonya. Ini disebabkan penaja skim ini tiada memberikan sesuatu yang bernilai kepada pelabur-pelabur mereka seperti jongkong emas dan perak fizikal, hanya mungkin satu perjanjian pulangan dividen sahaja yang akan dikreditkan setiap bulan kepada pelabur, tetapi harus kita berhati-hati terutama selidiki profile syarikat tersebut, jangan hanya membacanya di internet dan web sahaja kerana itu semua sangat mudah dicipta untuk tujuan penipuan(internet scam). Baru-baru ini seorang timbalan menteri kewangan memberi amaran, supaya berhati-hati dengan skim pelaburan emas di internent, saya yakin yang dimaksudkan ialah yang sedang hangat sekarang. Mereka mengumpul deposit berjuta-juta ringgit daripada orang ramai dan melabur dengan sebuah syarikat yang berpengkalan di luar negara. Ini sangat berisiko, sekiranya terjadi apa-apa kepada akaun syarikat tersebut, maka pelabur akan kehilangan modal seratus peratus. Proses menjualnya juga memakan masa, sekiranya pelabur itu ingin menarik keluar pelaburannya, ini juga perlu difikirkan jika syarikat tersebut telah dikesan mempunyai masalah, maka dengan tempoh yang panjang untuk menarik keluar wang pelaburan kita agak mustahil. Dalam pelaburan emas fizikal pula ianya rendah risiko disebabkan konsep jual dan beli emas fizikal. Apa yang perlu hanya melihat kepada spread ketika pelabur hendak jual kembali emas beliau. Disini pelabur perlu mencari syarikat yang menawarkan belian balik dengan potongan spread yang kecil seperti yang tertera disebelah kanan blog saya. Segala rujukan harga boleh didapati disini. Mudah berurusan jual dan beli. Tempahan secara online 24 jam, dan tempah untuk jual kembali juga 24 jam. Harga mengikut pasaran antarabangsa yang dikemaskini setiap 20 minit sangat munasabah.

Jadi marilah bersama-sama saya kita membuat tindakan dengan membeli emas fizikal. Hubungi saya untuk khidmat nasihat atau tempahan di 016-4409839