Monday, March 25, 2013

IKTIBAR KRISIS CYPRUS

Assalamualaikum dan dalam sejahtera,

Pada posting kali ini, saya mengajak semua pembaca mengkaji dan fikirkan situasi pasaran saham di Amerika sebelum krisis subprime tahun 2008 dan keadaan Malaysia hari ini.
Pada hujung tahun 2007 sebelum krisis subprime Amerika, pasaran ekuiti Dow Jones telah mencecah paras tertinggi ketika itu 13390 dan merudum berikutnya sehingga 7062 disusuli dengan krisis hutang subprime berpanjangan yang menyebabkan kemelesetan ekonomi Amerika. Ramai rakyat Amerika kehilangan pekerjaan sehingga 9% dan kini turun sedikit 7.7% dan kerajaan Amerika menanggung hutang yang sentiasa meningkat tahun ke tahun sehingga sekarang 16.7 trillion dolar akibat daripada perbelanjaan defisit. Sekarang indek Dow jones kembali mencecah paras tertinggi iaitu 14447 sepanjang masa. Jadi apakah yang anda bayangkan akan terjadi?

KLSI ( Bursa Malaysia )
Pasaran saham Malaysia juga menunjukkan prestasi yang menarik dari 2008 sehingga sekarang mencecah paras tertinggi1660.Hutang negara juga mencecah tinggi 540 billion. Adakah sejarah akan berulang. sama sama kita lihat.

Wasallam