Saturday, October 16, 2010
EMAS KEMBALI
Sambil berbual bual pasal dinar dan emas kepada seorang rakan pejabat, dia ada teringat yang ada membeli sekeping coin pada thn 1971 semasa zaman tunku Abd Rahman. Tapi dah lupa dimana dia simpan sebab dah berpindah rumah sebab beli rumah lain.Rumah lama asyik kena banjir jaa. Saya minta dia cari dan kalau ada saya nak beli. Dia kata ok nanti dia cari sebab dah lama tak tengok coin tu. Maka jumpa lah coin tu. Dia bawa dan tunjuk pada saya. Saya minta beli RM2k++++ dia kata ambillah,,,tapi dia nak bawa balik kejap nak ambil gambar kenangan kat coin tu...Mlm tu dia call tak jadi jual pulakkkk. Sebab apa mesti ada sebab punya..Sebelum ini dia tak peduli harga emas..sekarang dia sedar harga emas dan nilai sejarah coin tu..Semasa dia beli tahun 1971 RM 100 tapi sekarang nilainya RM2.5k++++ sebab emas 916 beratnya 18.66 gram.
Ini bukti nyata yang emas adalah komoditi yang kebal kalis inflasi..Walau lama manapun usianya..tetapi nilainya tetap unggul..Sekiranya yang disimpannya itu duit kertas (fiat money) tulis tertera seratus ringgit apa yg berlaku pada note kertas itu???
Keputusan bijak...bertindak segera dengan invest dalam emas fizikal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment