Friday, February 25, 2011

Wang Emas Ali Baba Bujang Lapok



Assalamu alaikum w.b.t

Saya ingin menasihat sedikit kepada bakal2 pelabur emas dan perak. Sekiranya anda berminat untuk melabur, pastikan anda mendapat ilmu pengetahuan dahulu sehingga sahih. Jangan gelojoh dan tamak jadi macam Kasim Baba spt filem diatas, belum pun habis penerangan daripada dealer atau wakil, anda terus labur dengan harapan cepat dapat untung berlipat kali ganda padahal anda perlu sabar dan dengar sampai habis penerangan drp dealar dan fahamkan konsep sebelum buat keputusan barulah anda akan selamat dan tidak rasa tertipu. Tetapi kalau anda gopoh, mahu dengar tentang untung sahaja tanpa bertanya apakah konsep pelaburan ini, dealer2 anda akan skip taklimat dan crita tentang keuntungan bakal diterima sahaja. Akibatnya anda rasa terpedaya dengan sikap anda sendiri. Perniagaan dan Pelaburan yang ditawarkan oleh Public Gold adalah seperti anda beli benda-benda fizikal yang lain. Anda pergi ke Public Gold beli emas dan perak kemudian anda dapat emas secara fizikal bawa balik simpan. Keuntungan hanya diperoleh apabila anda menjual kembali emas anda kepada Public Gold atau mana-mana kedai emas bergantung kepada kenaikan harga semasa. Risiko kepada pelabur emas dan perak fizikal ialah:

1. Jikalau anda menjualnya dalam jangkamasa pendek tanpa memerhatikan harga pasaran semasa yang turun ketika itu.
2. Emas anda hilang. Itu memang total loss.
3. Anda bagi wang untuk beli emas kepada dealer yang tak amanah. Anda perlu selidik dahulu siapa dealer anda. Boleh percaya atau tidak. Untuk lebih selamat anda sendiri buat bayaran terus kepada Public Gold dan ambil sendiri emas di Public Gold.
4. Risiko lain kepada dealer sekiranya pelanggan pula tak amanah. Emas telah ditempah tetapi dibatalkan pulak.

Masih ramai yang belum tahu tentang pelaburan dengan cara membeli emas fizikal ini. Apabila disebut pelaburan, dalam minda majoriti orang melayu ASB,ASN,Amanah saham ini, amanah saham itu yang mereka tahu. Atau pelaburan yang negatif sikit, skim cepat kaya Pak Man Telo, 350 dan macam-malam skim pelaburan sekarang MLM, Infiniti di internet dan berlambak lagi. Bila kami memperkenalkan skim emas, perak, dinar dan dirham ramai yang tak percaya, padahal ia telah wujud dan terbukti untung bilamana orang tua-tua pada zaman Jepun dahulu beli emas simpan. Datuk nenek kita beli barang kemas simpan secara tak disedari mereka melabur emas fizikal. Inilah konsepnya, apabila dijual kembali nilainya sekarang telah tinggi dan mahal maka dapat untung. Pada tahun 1971 harga emas ketika itu seaun USD30.00 dan sekarang USD1400 itulah keuntungan menyimpan emas fizikal.

Cumanya di Public Gold menawarkan emas berbentuk Dinar, Jongkong Emas 999.9 dan Perak dengan harga pasaran antarabangsa yang mana anda boleh beli kekadang lebih murah. Public Gold juga membeli kembali emas jenama mereka dengan harga susut nilai yang rendah iaitu 5-6 peratus sahaja berbanding kedai borong emas biasa yang mana ada yang sampai 25 ke 30 peratus walaupun emas itu jenama mereka sendiri. Inilah pelaburan yang berisiko rendah dan peluang yang terbaik utk direbuti.

Persoalan lain yang timbul dari sesetengah orang ialah:

1. Kalau syarikat Public Gold tutup atau lari macam mana?
2. Kalau emas palsu macam mana?

Jawapannya mudah:

1. Saya sudah servey kedai-kedai borong emas di banyak tempat dan bandar semuanya membeli emas tak kira apa jenispun asalkan tulen. Kalau Public Gold tutup, pergi cari kedai lain, Banyak lagi kedai boleh dijual emas anda.
2. Nak tahu tulen ke tak tulen, bawa ke Agrobank dan pajak. Kalau palsu repot polis.

Pengarah Urusan Public Gold ini orang cina, tetapi semasa diinterview dalam berita RTM tahun lalu dia lebih faham muamalat Islam. Dia kata dalam syariah kalau beli barang mesti ada barang (ain) jadi Public Gold jual barang yang ada iaitu emas.

Emas pula tidak haram atau najis, cuma haram bagi lelaki pakai perhiasan emas sahaja. Lelaki boleh beli dinar dan Jongkong emas. Letak dalam poketpun boleh bawa sembahyang juga. Tetapi masih ramai orang melayu suka skim cepat kaya, tak payah kerja, duduk goyang kaki duit masuk setiap minggu.Walaupun risikonya tinggi mereka tetap ditipu berkali-kali, Fikirkanlah sendiri..

wallahu, alam

No comments:

Post a Comment