Monday, February 21, 2011

Hadis Akhir Zaman

Maksud hadis,

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: "Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah saw. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata: "Hai RasuIullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita". Lalu Nabi saw. menjawab, "Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat".

(H.R.Baihaqi)
Keterangan

Tepat sekali apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. sejak limabelas abad yang lalu. Hari ini dunia Islam sangat kaya dengan galian bumi, seperti emas, perak, timah, petrol dan lain-lain, tetapi yang menguruskan dan yang menguasainya adalah orang-orang yang bukan Islam. Ini adalah suatu realiti yang sangat jelas di mata kita dan merupakan salah satu di antara petanda hampirnya hari qiamat.

Emas dan Perak dikuasai oleh orang-orang yahudi dan pertubuhan Ilimunati
sehingga hari ini menyebabkan mereka menjadi peniaga elit terkuat dan dan terkaya lagi menguasai galian-galian lain yang dikeluarkan dari negara-negara Islam disebabkan hasil penipuan mereka. Apa yang mereka buat hanyalah menipu umat manusia semua dengan menukarkan sistem kewangan dunia dan mereka mengawalnya. Sistem wang fiat atau wang kertas yang mereka paksakan keatas umat manusia yang asalnya emas dan perak telah menjadikan mereka kuat dan membodohkan semua umat apabila segala hasil bahan bumi dan galian galian yang bernilai yang dikeluarkan oleh negara-negara umat islam dengan percuma diambil oleh mereka balik ke negara mereka hasil drp sistem yang mereka cipta. Mereka hanya perlu mencetak kertas banyak-banyak letakkan angka pada kertas dan tukarkan dengan hasil bumi umat islam spt minyak, getah, bijih timah emas & perak dan segalanya. Bila2 masa mereka perlu bahan utk mereka gunakan cetak sahaja kertas dan tukarkan, mudah kan!. Rancangan jahat mereka menghambakan manusia telah berjaya sehingga sekarang. Jadi tukarkanlah kembali kertas mereka dengan emas dan perak yang sememangya layak digunakan untuk tukaran dengan bahan2 makanan dan minyak sebagai matawang sebab ada hadis yang memerintahkan berbuat demikian berbunyi !

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda akan tiba satu zaman dimana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia maka simpanlah dinar dan dirham (yakni emas dan perak)

Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal


Asal usul wang kertas lebih 300 tahun lalu ialah resit simpanan emas yang mana Yahudi memiliki stor (bank) simpan emas. Sesiapa yang simpan emas mereka keluarkan resit (sekarang wang kertas) boleh digunakan dipasar dan ditebus kembali emas dengan resit tersebut.Tetapi Sekarang tidak berlaku hanya kertas semata-mata. Mereka telah menipu dunia mereka ialah dari kalangan pakatan jahat Vatican dan Yahudi yang bekerjasama untuk menjatuhkan Islam. Mereka ahli keluarga Mayor Rothchild dan Rockeffeler yang menyimpan banyak emas termasuk sekarang G. Soros.

Saatnya kemusnahan mereka semakin hampir, apabila umat Islam kembali merampas emas & perak digunakan kembali sebagai matawang. tinggalkan kertas yang sama nilai surat khabar lama untuk bungkus nasi lemak dan kacang kuda kembali.

Wasalam....

No comments:

Post a Comment