Tuesday, July 20, 2010

Kisah Mantik...kepada tukang Gunting Rambut

Kisah Tukang Gunting Rambut
Keadaan laut Mati

Sebelum bercerita tentang satu kisah tukang gunting rambut baik kita hayati sedikit kisah umat Nabi Lut yang di musnahkan oleh s.w.t. supaya mendapat sedikit pengajaran. Umat nabi Lut adalah satu umat yang mempunyai tabiat penyakit homoseks, iaitu tabiat liwat sesama lelaki. Mereka bukan sahaja suka meliwat lelaki malah perbuatan mereka melampau sehingga melakukannya tanpa segan silu ditengah-tengah orang banyak sekiranya mereka mendapati seorang lelaki yang ganteng (kacak) melalui tempat mereka.
Pada satu hari datang tiga orang lelaki yang sangat kacak kerumah Nabi Ibrahim a.s. meminta izin untuk bertandang seketika dirumahnya. Nabi Ibrahim sangat gembira dan melayan mesra tetamu istimewa beliau lalu nabi Ibrahim dan isterinya Sarah menyembelih seekor anak lembu sebagai hidangan buat tetamu. Siti Sarah menyediakan masakan dan menghidangkan kepada tiga orang tetamu mereka. Nabi Ibrahim sambil berseloroh meminta tetamu-tetamu beliau jemput makan sambil bergurau “ Makanan ini kena bayar yang harganya Bismillahi rahmanir rahim” . Hairan nabi Ibrahim lihat mereka tak menyentuhpun hidangan. Mungkin mereka segan kot..lalu nabi Ibrahim masuk kedapur bersama Siti Sarah sambil menjengok-jengok melalui lubang dinding sambil merasa cemas dan hairan kenapa meraka tak sentuh makanan. Lalu nabi Ibrahim keluar dari dapur dan bertanya kepada tetamu dengan perasaan cemas, Kenapa tuan hamba semua tidak merasai hidangan ini? Adakan ianya tidak enak? Melihat nabi Ibrahim dan Sarah mulai cemas lalu para tetamupun memberitahu sebenarnya kami adalah Malaikat utusan Allah iaitu Jibril, Mikail dan Izrail. Kami datang singgah sebentar untuk membawa berita gembira kepada kamu iaitu isteri kamu akan dikurniakan anak lelaki yang namanya Ishak dan cucu kamu Yaakub. Siti Sarah yang berdiri di pintu dapur tergelak dengan berita itu lalu berkata aku ini sudah tua dan suami akupun terlalu tua. Pada ketika itu umur Sarah telah mencapai hampir 96thn sedangkan nabi Ibrahim umurnya ketika itu kata setengah riwayat 120 thn. Kata Malaikat jibril tadi ..adakah kamu hairan dengan kehendak Allah?
Kemudian malaikat malaikat tersebut memberitahu nabi Ibrahim yang sekarang ini meraka ditugaskan oleh Allah untuk ambush iaitu mengambil tindakan kepada penduduk negeri Sadum yang tak jauh dari kampong nabi Ibrahim setengah riwayat menyebut kan hanya 16 batu dari kampong nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim bila dengar berita cemas itu merasa dukacita lalu menyoal malaikat-malaikat tersebut. Adakah kamu sanggup menghukum penduduk sesebuah kampong yang didalamnya ada tiga ratus orang beriman? Tidak sanggup kata Jibril… Adakan kamu sanggup menghukum penduduk kampong yang didalamnya ada empat puluh orang beriman? Tidak sanggup..Adakah kamu sanggup menghukum penduduk kampong yang didalamnya ada empat belas orang beriman?tidak sanggup... Tanya lagi ..adakan kamu sanggup menghukum penduduk kampong yang didalamnya ada seorang orang beriman? Kami pun tak sanggup…kata jibril lagi…kata Ibrahim..didalam kampong itu ada Lut..dia orang beriman dan anak saudara aku..adakah kamu akan menghukum kampong yang ada seorang yang baik iaitu Lut..lalu Jibril menjawab…Hai Ibrahim sebenarnya Allah telah memerintahkan kami bertindak, sudah tentu Allah akan selamatkan Lut Janganlah kamu banyak query …lega nabi Ibrahim..nabi Ibrahim sifatnya lembut hati. Aku akan bersama kamu untuk ke kampong Lut kata Nabi Ibrahim…jangan…kamu tidak sanggup melihat azab yang akan dikenakan keatas penduduk Sadum itu kata jibril..setegah riwat ada menyebut nabi Ibrahim ikut dari jauh..
Setelah sampai ke negeri Sadum waktu petang…sebelum mengambil tindakan, Allah memerintahkan para Malaikat pergi berjumpa nabi Lut menyamar sebagai pemuda-pemuda yang ganteng-ganteng untuk tujuan mendapatkan maklumat penyaksian bahawa penduduk Sadum memang betul-betul jahat. Bila berjumpa nabi Lut ditengah perjalanan..para Malaikat memberi salam dan meminta izin untuk menginap beberapa ketika di rumah Lut. Nabi Lut merasa dukacita melihat tiga orang tetamu yang sangat segak dan ganteng itu lalu bertanya kepada mereka adakan tidak kamu dengar berita tentang hal kelakuan penduduk kampong ini? Lalu para tetamu itu menjawab tidak kami tahu hal apa? Boleh kamu ceritakan?..lalu Lut menjemput tetamu kerumah bimbang akan terserempak oleh puak puak kampongnya yang gila liwat itu..sambil menuju kerumah sambil mengeluh dan melaknat tabiat penduduk-penduduk kampungnya sambil didengari oleh malaikat-malaikat tersebut. Sememangnya sengaja Allah s.w.t memerintahkan malaikat mengambil penyaksian kejahatan kaumnya sebanyak empat kali dari nabi Lut sebelum bertindak…
Apabila sampai dirumah nabi Lut, isterinya lihat tetamu-tetamu Lut itu sangat segak lalu keluar ia dari pintu belakang lalu khabar ia kepada orang-orang kampong. Isteri Lut bersubahat dengan maksiat kaumnya. Lalu Menerpa lah haprak-haprak homoseks meluru kerumah Lut sambil bising diluar rumah meminta masuk untuk mengerjakan puas-puas tetamu-tetamunya. Nabi Lut keluar menegah di depan pintu rumah sambil merayu..meraka ini tetamu aku..tolonglah jaga air muka aku..lalu meraka tak peduli sambil gelojoh nak menerpa masuk..Nabi Lut bertengkar depan pintu rumah dengan kaumnya sambil berkata! kalaulah aku ada kekuatan aku akan pukul kepala hangpa semua kerana perangai jijik hampa ni..dan kalau aku ada saudara yang ramai lagi gagah pekasa boleh beri bantuan.. aku akan bertindak kepada hangpa semua ..dengan nada suara yang tinggi..sambil didengari oleh tatamu-tetamu nya yang ada didalam rumah.. Lalu Jibril berkata kepada Lut..Hai Lut…sebenarnya kami ini malaikat yang yang tidak akan tercapai mereka melakukan kehendak mereka. Biarkan meraka masuk…biar kami uruskan mereka..lalu mereka menerpa masuk..tiba-tiba jibril menampar dengan sayapnya buta mata semua sambil menjerit ! lari-lari ada orang ahli sihir dalam rumah..bertempiaran lari mereka semua sambil menjerit pada Lut..Hang jaga..esok kami pulak kerjakan hang..sempat lagi bagi amaran kepada Lut..
Setelah itu Jibril berkata kepada Lut, sebenarnya kami datang ini untuk mengambil tindakan kepada mereka atas kejahatan tabiat liwat mereka yang melampaui batas sesame lelaki. Berkata Lut..eloklah tu..biar dirasakan azab atas kejahatan mereka..sebenarnya Nabi Lut sudah tidah tahan dengan perangai kaumnya yang degil dan dakwahnya pulak diolok-olokkan.. Nabi Lut bertanya lagi ! bilakan waktunya tindakan akan diambil keatas penduduk kampong aku ni? Menjelang waktu subuh..kata Jibril..Kata Lut..boleh bertindak awal sikit lagi dak? Sebab geramnya dan tak tahan dengan perangai kaumnya..Lalu Jibril menjawab..Ehh bukankan waktu subuh tu dah dekat sangat dah ni..pergilah bersiap dangan anak-anakmu untuk keluar dari kampong ni jangan pandang belakang…kami akan ajar meraka semua termasuk isterinya yang bersubahat terkena tindakan ini. Apabila tibalah waktu subuh untuk diambil tindakan maka Jibril mendepakan sayapnya kedalam tanah bumi Sadum lalu diangkat tinggi..ketika itu mereka sedang nyenyak tidur …lalu di hempap kebumi menjadikan muka bumi Sadum tenggelam menjadilah ia Tasik…tinggalan sejarah yang tasiknya mengandungi kandungan garam tinggi.. Laut Mati merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Pantainya berada di kedudukan serendah 418 m di bawah aras laut, kedudukan terendah di atas daratan, dan juga tasik masin yang terdalam, sedalam 330 m. Airnya mempunya kemasinan kedua tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinan hampir 30 % . Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Oleh kerana itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya dan kapal tidak boleh berlayar di atas permukaannya. Tasik ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan…itu akibat orang-orang yang jahat dan mendustakan Rasulnya nabi Lut.
Sambung lagi…ketika peristiwa itu berlaku masih ada terdapat orang-orang Sadum pengamal liwat yang tiada dalam negeri tersebut tetapi kuluar urusan berniaga dinegeri lain…Tetapi azab Allah tidak melepaskan mereka…lalu Allah menghantarkan batu-batu dari neraka sijjil memburu mereka siap dengan tertulis nama-nama mereka pada batu lalu ketika mereka sedang asyik berurusan niaga tiba-tiba datang batu mengenai kepala mereka lalu mati..Jangan ingat Allah akan lepas orang-orang yang zalim.. Sumber cerita dari Al-Quran surah Hud ayat 69 hingga 83

وَلَقَدْ جَاءتْ رُسُلُنَا إِبْرَاهِيمَ بِالْبُـشْرَى قَالُواْ سَلاَماً قَالَ سَلاَمٌ فَمَا لَبِثَ أَن فَلَمَّا رَأَى أَيْدِيَهُمْ لاَ تَصِلُ إِلَيْهِ نَكِرَهُمْ وَأَوْجَسَ مِنْهُمْ خِيفَةً قَالُواْ لاَ تَخَفْ إِنَّا أُرْسِلْنَا إِلَى قَوْمِ لُوطٍ جَاء بِعِجْلٍ حَنِيذٍ


Mana pulak cerita tukang gunting rambut ni…tiada dalam cerita di atas..cerita ini bukan dari sumber yang sahih Cuma cakap-cakap mulut je..ceritanya begini….Ada seorang hamba Allah ni pergi ke kedai gunting rambut untuk gunting rambut…Sambil rambutnya digunting sambil mendengar tukang gunting itu merungut menceritakan keadaan dunia sekarang yang katanya . Kata tukang gunting tu..! Sebenarnya didalam dunia ini mana ada Tuhan ! pelanggannya terkejut sambil bertanya pasai apa pulak? Katanya lagi ! kalau ada tuhan sudah tentu nasib orang-orang di Gaza yang diserang oleh pengganas Israil akan dilindungi oleh tuhan..sambungnya lagi…orang-orang miskin kebuluran dan kezaliman tak terhingga tiada siapa yang boleh tolong..tentu kalau ada tuhan..tuhan akan tolong semua ini. Ini bermaksud tuhan tidak ada dalam alam ini! Pening jugak si pelanggan ni…sambil mendengar leteran tukang gunting tu sambil mereka memerhati seorang pengemis yang mundar mandir diluar kedai tu gunting menerusi cermin dalam keadaan rambut panjang berseregai belemuih…kusut masai…Pelanggan tu diam saja kerana bimbang takut kalau dilayan tukang gunting ni nanti tergunting telinga dia pulak… Bila selesai saja gunting rambut sambil nak bayar si pelanggan ni pulak berkata pada tukang gunting..! Sebenarnya dalam dunia ini mana ada tukang gunting rambut ! mana boleh….saya ni kerja gunting rambut ! kata tukang gunting tadi..! Kalau ada tukang gunting rambut dalam dunia ni dah tentu orang kat luar tadi ( merujuk kepada pengemis ) rambutnya tentu tak panjang dan terurus….!! Ohhh…itu tidak bermakna tidak ada tukang gunting..sebab dia yang tak cari tukang gunting…hujah tukang gunting itu…Ohhhh macam tuu…samalah jugak macam tuhan….segala yang berlaku tuhan tidak tolong bukan bermaksud tiada tuhan..Cuma manusia yang sebenarnya tak mau cari tuhan…..kena sebijik…ini dinamakan ilmu mantik yang perlu ada pada setiap pendakwah….takbirrrr.

No comments:

Post a Comment