Sunday, August 08, 2010

NAMPAK MALAIKAT DI MEKAH?


Adakah kita boleh nampak malaikat dengan mata kasar seperti yang dihebohkan dalam video? Allah s.w.t berkuasa atas segala sesuatu. Para anbia telah diutuskan Malaikat Jibril menyampaikan wahyu yang hanya mereka sahaja melihat tubuh Jibril, Nabi Idris berkawan dengan Malaikat Izrail yang menyamar sebagai manusia, Nabi Ibrahim diutuskan tiga malaikat yang menyamai sebagai pemuda yang ganteng. Nabi Lut juga diutus malaikat menyamar tetamu. Nabi Muhammad lagilah banyak kali melihat Malaikat. Adalah tidak mustahil Allah s.w.t memberi kekuatan kepada manusia utk melihat makhluk halus ini tetapi persoalannya adakan yang dilihat di atas Kaabah itu Malaikat? Di Mekah juga terdapat banyak jenis Jin. Mungkin juga Jin yang dilihat? Seperti juga manusia, Jin juga ada yang nakal untuk menggemparkan manusia. Supaya tidak mudah kita percaya tentang sesuatu yang digembar-gemburkan hanya utk merosakkan pemikiran umat Islam tetang makhluk halus ini.

No comments:

Post a Comment