Monday, September 27, 2010

SEJARAH DINAR & DIRHAM





Gambar: Dirham perak Abd al-Malik ibn Marwan
Walaupun dinar dan dirham yang baru ini menyerupai berat dan bentuk syiling lama yang digantikan namun rupa bentuknya adalah satu revolusi. Pada 697AD, Khalifah Abdul Malik telah membuang gambar raja dan lambang-lambang binatang dan kota pada dinar dan dirham. Ia kini dihiasi dengan kalimah daripada ayat-ayat suci Al-Quran.
Khalifah Abdul Malik kemudiannya mengisytiharkan bahawa wang inilah yang akan digunakan di seluruh empayar Islam. Sesiapa yang tidak menyerahkan syiling lama mereka untuk ditempa semula kepada dinar berbentuk baru akan dikenakan hukuman mati.
Ini adalah kali pertama di mana sebuah negara mempunyai sistem yang begitu jitu dan stabil. Dinar emas ini telah dihasilkan oleh sejauh Sepanyol, Tunisia, Azerbaijan sehingga ke Pakistan. Ini memberikan kelebihan yang ketara kepada pemerintah kerana ia membolehkan sistem cukai diseragamkan di seluruh wilayah Islam.
Dinar dan dirham yang dikeluarkan ini juga merupakan yang pertama dilabelkan tahun pengeluarannya - praktis yang tidak digunakan secara meluas sehinggalah kurun ke 15.
Inskripsi pada dinar dan dirham Abdul malik menyebut:
‘Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad itu Pesuruh Allah’
Dinar dan dirham menjadi mata wang rasmi kerajaan Islam sehinggalah kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah. Selepas itu, penggunaan wang kertas telah mengambil alih dinar dan dirham sehinggalah sekarang.
Namun, sejarah telah berulang kali menunjukkan bahawa wang kertas menjadi alat untuk merampas kekayaan umat Islam dan ianya selalu gagal.
Di dalam undang-undang Islam, penggunaan wang kertas yang bersifat "Surat janji hutang" tidak boleh digunakan sebagai media pertukaran

APA ITU DINAR?

Dinar adalah syiling emas. Ia diperbuat daripada emas 22 karat (916) serta mempunyai berat 4.25 gram. Spesifikasi ini telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab.

Dirham pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 3 gram.

Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut.
‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)’

UNTUK MEMBELI DINAR MAS SILA HUBUNGI SAYA DI 0194809839...PELABURAN YANG BIJAK..

No comments:

Post a Comment