Monday, October 29, 2012

KWSP GANTUNG PENGELUARAN PELABURAN PUBLIC MUTUAL?


Perkhidmatan Public Mutual Bhd sebagai Institusi Pengurusan Dana (IPD) digantung di bawah Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa mulai 29 Okt, 2012.”Sehubungan dengan penggantungan tersebut, Public Mutual Bhd (Kod IPD 03) adalah tidak dibenarkan membuka akaun untuk ahli KWSP dan/atau menerima sebarang pemindahan simpanan ahli dari KWSP mulai dari 29 Okt, 2012,” demikian menurut makluman yang dipaparkan di laman sesawang agensi itu mulai semalam.
Makluman itu, bagaimana pun menyatakan bahawa IPD berkenaan masih bertanggung jawab menguruskan pelaburan simpanan ahli KWSP yang telah dipindahkan sebelum 29 Okt, 2012.
Tindakan ke atas PMB ini dilihat sebagai adalah tindakan berterusan yang diambil oleh agensi-agensi berkaitan kerajaan pusat yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) yang menyasarkan entiti-entiti perniagaan milik dan menjadi kegemaran pelaburan oleh kaum Cina di Malaysia.
Sebelum ini, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil tindakan merampas dan menutup beberapa perniagaan berasaskan emas beberapa minggu lalu yang menjadi jenis perniagaan yang diminati oleh kaum Cina. Tindakan agensi-agensi seperti BNM dan KWSP ini dilihat sebagai keterlaluan kerana gagal memberikan penjelasan segera mengenai tindakan mereka berbuat demikian. Malah tindakan tanpa penjelasan yang berpatutan ini akan menyebabkan berlakunya spekulasi berkaitan politik.
Salah seorang pelabur di PMB yang enggan mendedahkan nama beliau yakin bahawa tindakan agensi-agensi kerajaan yang mengejutkan ini hanya akan menyebabkan kerajaan BN tidak mampu lagi menarik kembali undi pengundi kaum Cina di saat-saat kerajaan yang kini hanya ada kurang 6 bulan untuk mengadakan pilihanraya umum.
Beliau juga mengandaikan bahawa tindakan KWSP ini yang dikhabarkan bimbang dengan begitu ramainya pelabur memilih PMB bagi mengeluarkan simpanan mereka. Ini adalah kerana KWSP dikatakan lebih suka wang-wang yang dikeluarkan dari simpanan pekerja dilaburkan di dalam syarikat-syarikat pengurusan dana amanah yang berkaitan dengannya sebagai pemegang saham utama seperti CIMB Wealth. Beliau yang juga merupakan pelabur berbangsa Melayu memberitahu ‘khabar’ ini sudah pun timbul sejak beberapa tahun lalu kerana PMB terus mencatatkan kedudukannya sebagai dana yang menerima paling banyak sokongan oleh pencarum di KWSP.
Hanya beliau terkejut apabila KWSP mengumumkan penggantungan KWSP di saat-saat kerajaan BN kini memerlukan kembalinya pengundi Cina kepada mereka beberapa minggu BNM mengambil keputusan yang menggugat pelaburan kebanyakan kaum Cina di dalam emas.
PMB adalah syarikat yang menguruskan dana amanah yang terbesar di Malaysia dan mempunyai ramai pencarum. PMB juga merupakan anak syarikat berkaitan dengan Public Bank Bhd. Dijangkakan beribu-ribu agen dana amanah PMB akan tergugat pendapatan mereka disebabkan tindakan KWSP ini.
JOM EMAS !BELI, SIMPAN DAN JUAL...MUDAH
TIDAK PERLU GANGU WANG KWSP ANDA



No comments:

Post a Comment