Saturday, December 25, 2010

MENGAPA PERLU MENYIMPAN EMAS?

Bismillahirahmanirahim,

Soalan mengapa perlu menyimpan emas?

Jawapannya ialah:

1. Kerana bersabit dengan nas. Satu hadis Sohih diriwayatkan oleh Abu Bakar Abi Maryam bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

Dengan mengamalkan dan mengambil nasihat hadis diatas kita akan pahala kerana mengikuti sunnah nabi s.a.w itu yang paling utama bagi diri umat Islam terutama di akhir zaman ini. Dalam solat iaitu selepas takbiratul ihram kita disunnatkan membaca doa iftitah (ikrar) dan ada satu perenggan doa ada menyebut innasolati wanusuki wamahyaya wamamati, sesungguhnya solatku, segala pekerjaanku, hidup dan matiku kerana Allah taala. Oleh itu kita menyimpan emas dinar dan dirham ini ialah kerana Allah taala sudah pasti ada hikmahnya nabi s.a.w menyuruh umatnya menyimpan emas. Kerana nabi tidak bercakap menurut logik dan nafsunya melainkan semuanya wahyu dari Allah s.w.t.


2. Emas bernilai selamanya selagi ada bulan dan matahari sebelum bumi memuntahkan isinya berupa ketul ketulan emas dari isinya disebabkan kiamat seperti dinyatakan dalam surah Al Waqiah. Seluruh manusia mengiktiraf emas sebagai sesuatu yang bernilai. Allah menjadikan emas sebagai harta kekayaan untuk dimiliki oleh manusia dalam urusan dunia seharian.


3. Emas tidak mudah diperolehi dan tidak boleh dihasilkan oleh manusia seperti wang kertas. Setakat hari ini saya belum berjumpa dan mendengar kalau ada saintis yang terhebat didunia ini berjaya menghasilkan emas dalam experimennya. Kalau ada tolong tunjukkan kepada saya, tetapi wang kertas amat mudah bagi sesetengah pihak menghasilkannya dan memalsukannya. Emas mestilah diperolehi dengan cara melombong yang mana difahamkan sesebuah lombong yang aktif akan manghasilkan hanya 4 gram emas dengan pengeluran satu tan bijih emas.


4. Nilainya meningkat dalam jangkamasa panjang berbanding harta-harta lain. Keunggulan nilai emas dapat dibandingkan dengan harta yang kita miliki seperti hartanah, kenderaan dan simpanan wang. Semua harta akan menyusut nilai melainkan emas. Contohnya satu aun emas pada tahun 70an bersamaan USD35 tapi sekarang tahun 2010 mencecah USD1400.

Maka emas adalah penyimpan nilai terbaik dan pelaburan terbaik dan harta benda terbaik. Tidak mudah binasa.


Sekian sahaja buat kali ini...wassalam

No comments:

Post a Comment