Tuesday, December 28, 2010

Raja Terkaya Di Dunia Tahun 2010 Jatuh kepada.....



Assalamualaikum,
Bismillahi rahmanir rahim..
Tirai 2010 akan berlabuh tak berapa hari saja lagi. Dalam sebuah majalah Forbes membuat penyelidikan mengenai raja yang paling kaya pada tahun ini..pada tekaan saya mestilah raja Saudi atau Brunai..tapi raja yang paling kaya jatuh kepada Raja Thai Raja Bhumibol Adulyadej mempunyai harta lebih 20 bilion pound selain eset-eset lain dan emas. Mengapa ? sebab beliau menyimpan emas yang diberikan oleh negeri negeri melayu dahulu kot...Kedah, Kelantan dan Terengganu menghadiahkan bunga emas kepada raja Thai sebagai ufti. Sebab itulah Raja Thai kaya...tetapi Pulau Pinang bayar RM10,000 sahaja kepada Kedah sebagai sewa dari dahulu nak bayar gaji MB pun dah tak lapas sekarang. Kalaulah bayar se tan emas sewa dah tentu negeri Kedah dah kaya raya sekarang...Difahamkan Dr Hamdan Khalib Exco Kebudayaan sedang berusaha membawa balik bunga emas yang diberikan kepada Siam dahulu...mudah mudahan berhasil..harap kerajaan Kedah ambil iktibar supaya menggalakkan rakyat Kedah menyimpan dinar emas sebagai eset masa depan dan urusan harian. Jangan buat silap lagi macam kes sewa Pulau Pinang nanti nak bayar gaji keranipun meter ayaqpun tak lepas lagi 10 tahun..

No comments:

Post a Comment